07 Jun 2008

Tahniah!

Mungkin agak lambat ucapan ini. But better late than never, orang putih kata.

Tahniah kepada En.MT Azar Azahir Shamsuddin diatas lantikan sebagai Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas . Semoga JSI terus cemerlang dibawah pimpiman En. Azar.

p/s : Tahniah juga kepada En. Azli atas lantikan sebagai Ketua Unit Dinamika kemahiran menggantikan tempat En. Azar. Semoga semangat dan usaha akan terus berterusan

12 April 2008

Let's Brainstorm Now! - Semester 1 Students Activity

Greetings people!


Let us brainstorm here, together. For the upcoming semester, I would like to propose some activities for our students, run by the English Unit.


Small initial kick-start discussions with a handful of English Unit members including our head of unit, Mahid Masseluang lead to an agreement. These are our potential activities. One competition every month and a casually brief prize-giving ceremony by the end of Semester 1.

These activities are fairly simple to execute. Let us help each other to keep them that way. Note that these ideas are mere proposals and should be challenged in any way imagined. Especially their relevance to our context. Click on these titles to view the details and to discuss.



So, let the brainstorm begins!

10 April 2008

Competition 4: 60 Sec. Video Challenge

60 Sec. Video Challenge
A 60-second video competition based on specified theme

This is the second edition of 60 Sec. Video Challenge. The first edition was conceived in LMAF 2006. Visit their youtube channel for past entries & winners.


Proposal:

This is a challenge for a production team of 10

Challenge:
1. Produce a 60-second video. Themes of videos: Family, Community, Daily Phenomena or Science.
2. Design a poster for the video (A3-size paper)

Suitability:
All level


Specification:
1. Video can be in any format that does not exceed 60-second.
No more, no less.
2. Accepted video formats are: AVI, MOV, MP4, WMV, 3GPP, MPEG4 (Divx, Xvid), VLC.
3. 640 x 480 resolution
4. Subtitles in English is compulsory, wherever non-English languages are used.

Awards:
Best Video (Comedy, Drama & Documentary wherever applicable) Best Poster, Best Director, Best Story, Best Actor & Actress (if applicable), Best Music Choice, Best Camera Work, Best Editing, Best English Subtitling, Audience Choice Video Awards.


Certificate of participation:
Awarded to top 10 short videos / 10 teams x 6 students = 60

Prizes:
To be discussed. Pizza-Hut voucher, perhaps?

Execution dates:
Starts 1st week of July
Ends 4th week of Aug (2 months production period)

Competition 3: KML Young Writers Competition

KML Young Writers Competition
A MUET-based writing competition


Proposal:

This is an individual challenge. We could also open categories for duo or trio to encourage peer-to-peer learning.

Challenge:
Write an essay based on the new MUET format. To be discussed.

Suitability:
All levels


Specification:
Essay must be minimally 350 words


Evaluation weight:
A
doption of MUET writing format. To be discussed.

Certificate of participation:
Awarded to top 20 entries / students

Prizes:
To be discussed

Execution Dates:
Starts 1st week of August
End 4th week of August


Do you agree with the proposal above? Let us discuss!

Competition 2: Poodle

Poodle
A poetry + doodle competition



Proposal:

This is an individual challenge

Challenge:
1. Write a poetry based on themes specified in the syllabus (family, community etc.)
2. Design doodle sketch to compliment the poetry

Suitability:
All levels


Specification:
1. Poetry and doodle
created on the same paper (A3-size)
2. No use of other graphic except doodle sketches
3. We could make compulsory certain vocabulary to be used in the poetry for ease of judging. Also for them to work with limitation.

Evaluation:
Poetry - 55%
Doodle - 45%

Certificate of participation:
Awarded to top 20 entries / students

Prizes:
To be discussed

Execution dates:
Starts 1st week of July
Ends 4th week of July

Related links:
Wikipedia
Jeannette's Illustration Sketchblog
Dwight Newton: I am not an artist
Google Images: Doodle


Do you agree with the brief proposal above? Let us discuss!

Competition 1: Movie Poster Remake

Movie Poster Remake
A movie poster remake competition

Proposal:

This is an individual challenge

Challenge:
1. Create a new movie poster of the movie you have watched.
2. Write a brief description (min. 150 words) why you chose to remake the poster the way you do.

Suitability:
Beginner-intermediate level


Specification:
1. Poster designed on A3-size paper

2. Description minimally 150 words, on A4-size paper

Evaluation weight:
Poster - 65%
Brief description - 35%
(We could adopt MUET writing format Question 1, Paper 2)

Certificate of participation:
Awarded to top 20 entries / students

Prizes:
To be discussed

Execution dates:
Starts 1st week of June
Ends 4th week of June

Related links:
This competition is inspired by UK's Young Film Critic event called Mini Film Fan. Click these links for detail:
About Mini Film Fan
Tips on movie poster remake


Do you agree with the proposal above? Let us discuss!

02 April 2008

Tinjauan Unit Media 1

Tinjauan ringkas pertama yang dijalankan di blog ini telah menerima 7 klik undian. Soalan yang diutarakan ialah:

P&P berbantukan wayang gambar ialah usaha yang...

  • (6 undian) Memberangsangkan! Sesebuah konsep baru & rumit dapat dipelajari dengan lebih mudah & tidak membosankan
  • (0 undian) Mementingkan keseronokan! Tetapi tak semestinya berkesan untuk pembelajaran
  • (1 undian) Lebih membebankan! Ia terlalu banyak memakan masa dalam perancangan & persediaan
  • (1 undian) Progresif & menarik! Tetapi tidak untuk waktu terdekat ini -- kolej ini belum bersedia dari aspek logistik
Walaupun tinjauan ini tidak valid untuk sebarang kajian, tapi dapat dirumuskan di sini sekurang-kurangnya ada 7 orang yang membaca dan memanfaatkan blog Buletin JSI. Tahniah!

Borang Permohonan Gerai MPPB 08/09


  • Gerai Minggu Pengurusan Pelajar Baru 2008/2009
  • Butiran lanjut di Kelab 365 Hari.
  • Borang boleh dimuat turun di sini.

23 Mac 2008

Risalah Unit Media (Mac 2008)

Halaman depanHalaman 1 & 2

Halaman belakang



04 Mac 2008

Lain Benar Rasanya..

Selalunya bila dia tiada
ada yang suka
sebab boleh dapat parking best
ada yang mengeluh
sebab tak dapat tandatangan
ada yang ribut
sebab kerja menimbun
ada yang tak berteman
ada yang sunyi
tapi kali ni..
bila dia tiada
rasanya semacam terlepas tangan
ibu semasa melintas jalan..
lain benar rasanya..

26 Februari 2008

Unit Media JSI 2008/2009

Salam untuk semua!

Kami telah memulakan program-program kami untuk sesi 2008/2009. Dilampirkan di sini, intipati kami secara ringkas & padat -- berusia setahun jagung, muda belia & melonjak-lonjak ceria! Hubungi mana-mana ahli untuk keterangan terperinci.

Kalau anda segan, emel saja ke: unitmedia.jsi@gmail.com
Juga, bookmark katalog Bahasa Malaysia kami di alamat baru: katalogmediakml.blogspot.com


Keahlian Unit Media

1. Megat Muhamad Azzad
2. Suraya Abd Rahman
3. Chuan Ling Hue
4. Brian Chang
5. Atlas Besik Niyo
6. Vivian Lee
7. Madeline Liew


Minit Mesyuarat Bil 1/2008












Latar Belakang, Falsafah & Objektif












Misi & Keperluan Unit

22 Februari 2008

Taklimat CUEPACS

Berita terbaru dalam masa yang singkat:
Taklimat CUEPACS Isnin ini.
Lawati Kelab 365 Hari untuk keterangan lanjut.

---

Kemaskini:
Sebilangan pensyarah JSI telah mendaftarkan diri untuk mencarum di dalam Skim Ansurans Berkumpul Khas "Group CUEPACS Living Care-Scheme Dana Restu".

19 Februari 2008

Pantun seloka

ajk baru siap dinamakan,
membuka retak buat awalan;
selamat bertugas saya ucapkan,
semoga aktif dan berwawasan.

pn maharom bakal berlalu,
tinggal kami hati yang pilu;
jiwa sedih kehilangan ibu,
doa semoga berbahagia selalu.

kehadiran blog jadi kebanggaan,
otak juga perlu senaman;
aktifkan dirimu wahai teman,
agar kita tidak ketinggalan.

pantun biasa buat tulisan,
ntah apa2 sebagai bacaan;
saja-saja buat hilang bosan,
apalagi, tulislah balasan...

05 Februari 2008

Baru! Blog Kelab Staf

Berbisik, menjerit, email, papan buletin, merpati. Semuanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Mengambil inspirasi dari buletinjsi, kami juga memilih blog sebagai saluran menyiarkan berita dan hebahan. Tanpa kertas. Tanpa kos tambahan. Semuanya di hujung jari, 365 hari setahun. Canangkan pendapat anda untuk setiap berita tanpa bisikan atau jeritan.

Layari kelab365hari, laman blog rasmi Kelab Staf KML.

15 Januari 2008

RISAU ITU BIASA, GELISAH JANGAN..

Saya pernah terbaca satu artikel oleh Dr Danial yang mengesahkan kaum red Indian di Amerika,apa yang menarik perhatian saya ialah mengikut kajian ramai antara mereka yang mati kerana gelisah dan bimbang akan sesuatu yang belum terjadi atau yang tak pasti terjadinya,ini sangat mengejutkan penyelidik tersebut.Bimbang terhadap apa yang mereka gambarkan dalam fikiran mereka sendiri.Ya memang lucu tapi tahukah kita penyakit ini memang menyerang ramai orang dalam kalangan masyarakat kita.Paling tidak ia dikaitkan sebagai punca penyakit besar seperti sakit jantung,darah tinggi dan kemurungan.Suatu hari mungkin juga ramai antara kita yang mati kerana kegelisahan dan kebimbangan.

Sebenarnya penyakit ini telah pun disebut tuhan dalam firmannya…….”Sesungguhnya manusia itu diciptakan besifat khalu a’(gelisah)sehingga menjadi gopoh gapah dalam tindakan mereka.

Bagaimana pun ,Allah juga menyediakan remedi sebagai penawarnya.Namun sebelum kita mengetahui penawarnya ada baiknya kita mengetahui punca berlakunya kegelisahan itu.Dr Aid Abdullah Qarni berkata antara puncanya ialah kecintaan kepada dunia sehingga takut fakir darinya.Berlarut-larut dalam angan-angan dan fantasi sehingga melihat realiti sebagai tekanan.Dan ketiga, punca-punca lain seperti pengaruh agama yang dianut,tahyul dan tanggapan negatif terhadap dunia dan prejudis terhadap orang lain.

Penyakit itu sebenarnya tidak sedikit pun boleh menyerang orang yang benar-benar beriman,Pertama kerana janji tuhan untuk memenangkan orang beriman,…firmannya "Sesungguhnya beroleh kemenanganlah org beriman…"apatahlagi mereka yang bertaqwa.Selepas iman dan taqwa ditambah dengan ramuan zikrullah….yang Allah sebut denganya(zikr)menenangkan jiwa.Tetapi kegelisahan itu sukar padam kalau kita semua tidak mengerti dan meyakini takdir Allah.Dengan memahami takdir , rukun iman keenam inilah yang menjadi benteng kegelisahan.Bayangkan orang yang mengimani firman Allah"…Tidak akan tertimpa musibah keatas kami melainkan apa yang Allah tetapkan bagi kami."Bayangkan orang yang mengimani hadith nabi"kalaulah berkumpul seluruh manusia untuk mendatangkan mudarat kepadamu,tidak sebarang mudarat pun mendatangimu melainkan apa yang telah Allah tetapkan bagimu…."

Tenangkanlah hati dan betulkan perspektif kita terhadap dunia dan manusia,buatlah mengikut kewajarannya dan jangan terlalu memikirkan bagaimana jadinya masa depan kerana belum tentu pun kita hidup ketika itu,kalau hidup pun tak mestinya terjadi seperti yang kita risaukan.Kata ahli falsafah tak sampai 5% pun dari apa yang dirisaukan manusia itu menjadi kenyataan.Menyimpan cita-cita memang penting tetapi ia sebagai penggerak bukan sebagai penentu kerana kita merancang dan Allah lah yang berkuasa menentukan segalanya. Kita boleh sahaja buat pilihan kedua iaitu terus risau dan bimbang sehingga datangnya penyakit kronik dan mati membawa bersama kerisauan itu, mungkin itulah pilihan kita!