26 Februari 2008

Unit Media JSI 2008/2009

Salam untuk semua!

Kami telah memulakan program-program kami untuk sesi 2008/2009. Dilampirkan di sini, intipati kami secara ringkas & padat -- berusia setahun jagung, muda belia & melonjak-lonjak ceria! Hubungi mana-mana ahli untuk keterangan terperinci.

Kalau anda segan, emel saja ke: unitmedia.jsi@gmail.com
Juga, bookmark katalog Bahasa Malaysia kami di alamat baru: katalogmediakml.blogspot.com


Keahlian Unit Media

1. Megat Muhamad Azzad
2. Suraya Abd Rahman
3. Chuan Ling Hue
4. Brian Chang
5. Atlas Besik Niyo
6. Vivian Lee
7. Madeline Liew


Minit Mesyuarat Bil 1/2008












Latar Belakang, Falsafah & Objektif












Misi & Keperluan Unit

22 Februari 2008

Taklimat CUEPACS

Berita terbaru dalam masa yang singkat:
Taklimat CUEPACS Isnin ini.
Lawati Kelab 365 Hari untuk keterangan lanjut.

---

Kemaskini:
Sebilangan pensyarah JSI telah mendaftarkan diri untuk mencarum di dalam Skim Ansurans Berkumpul Khas "Group CUEPACS Living Care-Scheme Dana Restu".

19 Februari 2008

Pantun seloka

ajk baru siap dinamakan,
membuka retak buat awalan;
selamat bertugas saya ucapkan,
semoga aktif dan berwawasan.

pn maharom bakal berlalu,
tinggal kami hati yang pilu;
jiwa sedih kehilangan ibu,
doa semoga berbahagia selalu.

kehadiran blog jadi kebanggaan,
otak juga perlu senaman;
aktifkan dirimu wahai teman,
agar kita tidak ketinggalan.

pantun biasa buat tulisan,
ntah apa2 sebagai bacaan;
saja-saja buat hilang bosan,
apalagi, tulislah balasan...

05 Februari 2008

Baru! Blog Kelab Staf

Berbisik, menjerit, email, papan buletin, merpati. Semuanya bertujuan untuk menyampaikan maklumat. Mengambil inspirasi dari buletinjsi, kami juga memilih blog sebagai saluran menyiarkan berita dan hebahan. Tanpa kertas. Tanpa kos tambahan. Semuanya di hujung jari, 365 hari setahun. Canangkan pendapat anda untuk setiap berita tanpa bisikan atau jeritan.

Layari kelab365hari, laman blog rasmi Kelab Staf KML.