29 Disember 2009

Vivian juara Pool Wanita Tertutup Labuan


LABUAN, 11 Disember: Vivian Lee menjuarai Kejohanan Tiger 8 Pool perseorangan wanita Tertutup Labuan anjuran bersama Hotel Grand Dorsett Labuan dan Harisson Trading Sdn. Bhd. yang diadakan di Fun Pub Hotel Grand Dorsett di sini, kelmarin.

Vivian menewaskan Emily Koh 7-4 pada pertandingan akhir untuk membawa pulang hadiah tunai RM1,000 bersama trofi dan baucer makan malam di Restoran Brasserie Hotel Grand Dorsett.

Manakala Emily yang bergelar naib juara menerima hadiah wang tunai RM700, sebuah trofi dan baucer makan malam di Restoran Brasserie Hotel Grand Dorsett.

Sementara itu, Adriana Yahya jatuh ditempat ketiga untuk menerima hadiah wang tunai RM400 dan sebuah trofi selepas menewaskan Sandie Bonotano pada persaingan untuk merebut tempat ketiga dan keempat. Sandie membawa pulang hadiah RM200. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan masing-masing oleh Pengurus Besar Hotel Grand Dorsett, Hubert Wilfred, Pengurus Syarikat Harisson Trading, Nelson Chin dan Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Grand Dorsett, Rodulf Steiger.

Seramai 20 peserta telah mengambil bahagian di kejohanan yang bermula sejak 1 Disember lalu. (oleh Jainudin Djimin, New Sabah Times)

Klik keratan di bawah untuk berita asal

06 November 2009

Musim Haji

Sekarang ini kita dah berada di bulan-bulan haji. Cuma tahun ini KML tiada wakil nak ke Mekah. Tiga tahun dulu Haji Azman dan Isteri, lepas tu Hajjah Jamaliah dan tahun lepas Haji Azli.
Menunaukan haji ke Mekah adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib bagi setiap Muslim. Sama-samalah kita doakan agar kita diberikan kesempatan untuk menunaikan fardu haji ini.

Sementelah bulan haji ni. Surau Al Irfan menganjurkan majlis korban. Kepada sesiapa yang berkesempatan datang lah ke surau pada hari sabtu 28 hb November ini untuk melaksanakan program tersebut. Ahli JSI yang akan menyertai bahagian tersebut adalah Puan Pulsinah Ogo. semoga Allah akan menerima amalan yang dilakukan insyaallah.

19 Oktober 2009

Memo dari KJSI: Menjalankan tugas KJSI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.   Dimaklumkan bahawa saya akan bercuti untuk mengiringi anak saya ke Rawatan Pakar Gigi di Hospital Likas, Kota Kinabalu mulai 29-30 Oktober 2009.

    3.   Sehubungan itu, Pn. Sulaimiyah Mohd. Ghazali, Ketua Unit Ekonomi akan menjalankan tugas saya sepanjang tempoh tersebut. Oleh yang demikian, semua pensyarah Jabatan Sastera Ikhtisas diminta memberikan kerjasama kepada beliau disamping menjalankan tugas seperti biasa. Mohon semua pensyarah mematuhi prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

    Sekian. Terima kasih.

    MT Azar Azahir Shamsuddin

    17 Oktober 2009

    Happy Deepavali 2009!


    Kepada semua umat Hindu di JSI (cuma Pathu & Janaki),
    Iniya Deepavali Valthukkal!
    தீபாவளி வாழ்த்துக்கள்

    15 Oktober 2009

    Selamat datang

    Lama tak tulis dalam blog ni. Selamat datang kepada pensyarah baru. Selamat pengantin baru kepada pensyarah baru kawin, yang tak kawin lagi tu ambil le iktibar daripada yang dah kawin. Hidup ini lebih indah kalau berdua dan berkembang keluarga. En Mansor dah ada cucu Tn Hj pun dah ada cucu. Tahniah Tn Hj atas lantikan sebagai Pengerusi Kelab Staf. kita akan sama-sama membantu untuk kesejahteraan Staf KML insyaallah.

    14 Oktober 2009

    Pensyarah baru JSI

    Selamat datang, aramaitih teman-teman!

    Bahasa Inggeris
    En. Mansor Suleman – Terengganu
    En. Iskandar Zulfadzli Abdullah – Melaka
    Pn. Nadriah Idris – Perak

    Perakaunan
    Hj. Abdul Hamid Hussain – Kelantan
    Pn. Zarina Naharawi – Perak

    Pengurusan Perniagaan
    En. Abdul Halim Mat Desa – N. Sembilan

    Pendidikan Islam & Moral
    En. Khairil Azuar Mohd Noor – Pahang
    Pn. Zaenah Suhaili – Pahang
    Pn. Sri Rafidayu Mohd Ani – Pahang

    01 Oktober 2009

    Selamat pengantin baru Julma!

    Selamat Pengantin Baru kepada Julma Mustafah!

    27 Julai 2009

    Yasmin Ahmad (1958-2009): Belasungkawa

    Kebaya putih dan senyum lebar Yasmin Ahmad di Dewan Kuliah 2 (2 Dis 2006)

    Terkesan dengan pemergiannya, terngiang kembali kedatangan beliau pada 2 Dis 2006 lalu. Allahyarhamah Yasmin sempat menjayakan Labuan Mini Arts Fest (LMAF) sebuah program anjuran Unit Bahasa Inggeris untuk segmen Tayangan Perdana Borneo Mukhsin, sebahagian siri Foursome: Yasmin Ahmad Retrospective. Telah ditayangkan ketiga filem-filem terawalnya iaitu Rabun (2003), Sepet (2004), Gubra (2006) sepanjang minggu sebelum acara kemuncak dengan penampilan sutradara itu untuk Mukhsin (2006). Ia diikuti dengan sesi soal-jawab mengenai isu-isu filem beliau dan perkaitan mereka dengan budaya dan sosio-politik negara bersama hadirin yang terdiri dari warga KML.

    Melalui interaksi, toleransi dan pemikiran majmuk di rantau ini, Yasmin sempat berucap sebagai membuka tirai sebelum tayangan pada Sabtu sekitar jam 9.00 pagi di DK2 KML itu. Beliau menyatakan keyakinannya, "I personally feel that young people of Sabah and Sarawak are the country's hope and future".

    Mukhsin, pemenang 2 anugerah besar di Festival Filem Berlin (2006)

    Pasca tayangan 1 jam 35 minit tersebut, sesi soal-jawab yang dinamakan Tikam-Talk, dilangsungkan di lantai Dewan Mutiara (ya, di atas lantai!) berlangsung selama hampir 1.30 jam sehingga lewat tengahari. Tikam yang bermaksud tikar dalam bahasa Kadazan-Dusun tidak melibatkan apa-apa pertikaman lidah tetapi perkongsian amat positif warga pelajar dengan sutradara mereka. Sesi dialog tersebut dikira sangat berjaya dalam medium Bahasa Inggeris dan sebagai pembelajaran luar kelas yang bersifat matang dan relevan untuk bakal mahasiswa.
    "Screw Cannes (Film Festival)! I'm sending mine to LMAF!" seloroh Yasmin

    Seusai majlis, beliau dengan ikhlas mengulas "... these students asked me about film's humanity - that's what film festival audiences anywhere else ask". Selorohnya lagi, "screw Cannes (Film Festival)! I'm sending mine to LMAF!" Walau cuma sekejap berteduh di Labuan, kebanyakan yang terlibat dengan acara ini amat menghargai nama besar seperti beliau berada di sebuah acara tanpa sebarang agenda komersil.

    Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad (1958-2009), seorang yang tanpa banyak bicara menabur budi di sini. Semoga keikhlasannya membangunkan institusi pendidikan secara langsung atau melalui agenda 1Malaysianya yang telah sekian lama dilaung secara tidak langsung, menjadi contoh untuk semua generasi muda menjadi diri sendiri dan menyumbang dengan pelbagai cara tersendiri.

    Grafiti di Stesen LRT Pasar Seni, KL

    Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan diantara golongan orang-orang yang beriman.

    04 Julai 2009

    Pengalaman Terbang MH2636



    Lama sangat tak menyumbang kat halaman JSI ni... macam rindu pulak nak berkongsi cerita dengan kawan kawan.

    Ini pengalaman yang tak akan saya lupakan. EVER! Pengalaman terbang dalam keadaan cuaca hujan ribut pada malam 29 Jun 2009 (9.00pm)

    Karangan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris untuk efek dramatik. HEHE.

    Begini ceritanya...

    "
    1. Let me tell you about the weather in Labuan. When it rains, it POURS!

    2. And it poured really heavily last night when I was flying back to Labuan from KL. It was the worst turbulence I have ever experienced in my years of flying. The plane had to be diverted to Kota Kinabalu International Airport (KKIA).

    3. The plane was approaching when the pilot announced that he had to "hold approach due to unfavourable weather." That was weird. Usually, it was the head steward who made any "unfavourable weather" announcements. This time, it was the captain himself!

    4. Worry loomed large on board.

    5. The plane hovered over Labuan when suddenly I felt the engine blast stronger and we climbed into darkness. I suspected then that landing had to be aborted. Announcement by the cabin crew confirmed my suspicion. We were headed to KKIA.

    6. At KKIA, we waited for almost one hour in the plane, waiting for clearance from Labuan to fly back.

    7. After two rounds of orange and guava juice, we flew back again to Labuan and were warned of bumpy ride ahead. It WAS!

    8. Approaching Labuan, we were asked to wear our seat belts in preparation of landing. The plane slowed and maneuvered down when suddenly the engine was blasted again and it climbed up.

    9. That was failed attempt #1. The captain announced that it was impossible to land and was making another approach.

    10. After a while, we were moving down, almost touching the landing strip when the engine blasted with full force and we were airborne again. The lights of the plane's wings were on and I could see rain drops passing by with force I could only imagine.

    11. That was failed attempt #2. The captain was silent this time.

    12. After about 15 minutes hovering over the dark and stormy sky of Labuan, the captain was trying another approach and descent. However, the plane shook violently and it climbed up again.

    13. Failed Attempt #3. Still nothing from the captain. Worry loomed larger. I could feel the eerie silence on board.

    14. Only after rounds of sharp maneuvering and heavy shaking, the plane was landed safely, with a big thud!

    15, As if to convey their gratitude, some of the passengers clapped. I joined them. The full gratitude to Captain Jacob.

    16. That was the experience I will never forget.

    17. Two things troubled my mind though. First, when we were in KKIA how could the air tower of Labuan airport gave clearance for the pilots to fly in when they knew there was a storm? and second, how could the captain make so many landing attempts during a heavy storm?

    18. I would like to suggest that pilots should limit landing attempts during heavy storms to only two since more failed attempts mean putting the passengers in long and constant fear. And we are talking about real risk and real danger here.

    19. As I was finding the answers to the above in the safety of my bed, the infamous heavy downpour of Labuan continued into the night. "

    dipetik dari blog saya... ;)

    11 Jun 2009

    Menimba Ilmu Satu Kenikmatan dan Keazaban yang Serentak

    Salam ingatan kepada semua warga JSI,


    Sehingga hari ini, lebih kurang enam bulan kita tidak pernah bertentang mata. Sepantas kilat masa berlalu. Baru sahaja rasanya saya meninggalkan bilik paling hujung di tingkat empat itu. Walaupun saya selalu merungut bilik tu terlalu jauh dari tandas, tetapi bilik itulah yang paling 'best' tahap dewa. Kerana bilik itulah, setiap kali perjalanan pergi dan balik ke bilik, saya akan melalui semua 'cubicle' dan bilik ketua unit. Semua orang boleh nampak dan dengar bila saya rasa gembira, marah, sedih, nak terkucil, terseksa, dan selalu perasan comel. Berkongsi perasaan dengan anda semua memudahkan hidup saya. Memudahkan saya untuk terus rasa muda, anggun dan penuh keyakinan (haha... untuk sesiapa yang masih ingat iklan Habib Jewel masa muda2 dulu).


    Sekarang saya sudah melepasi satu semester Sarjana Pendidikan Perakaunan di UPSI. Alhamdulillah dan terima kasih diatas dorongan dan doa jika ada warga JSI yang masih sudi mengingati saya, saya telah memperolehi keputusan peperiksaan yang tidak pernah saya capai semasa belajar di peringkat 'degree'. Saya yakin, jika rakan2 di JSI berada di tempat saya, keputusan yang bagus melangit mampu dicapai. Menimba ilmu di ketika usia yang sudah matang, memungkinkan kita lebih bijak merancang, lebih rasional berfikir dan lebih fokus tentang matlamat diri.


    Angkatlah ilmu, walaupun kadang-kadang berat


    Seorang pensyarah saya di sini yang mengajar subjek penyelidikan yang sangat tenang dan merendah diri sifatnya  meninggalkan kata-kata yang sangat sarjana bagi saya. katanya ada bermacam niat kenapa ada orang sanggup melanjutkan pelajaran ke peringkat setinggi yang mungkin. Walau apapun alasannya, proses menggali ilmu menjadikan cara berfikir kita akan berubah kepada satu tahap yang lebih tinggi dan besar sifatnya. Manusia yang bersarjana atau memiliki PHD itu sepatutnya semakin matang, rasional dan lebih kritis dalam segala hal. Bukan hanya penumpuan kritis kepada bidang yang diambil semasa mengikuti program sarjana atau PHD sahaja tetapi juga dalam segala hal di sekeliling alam pandangan dan capaian kita. Penyediaan disertasi atau tesis hanyalah sebagai batu alas kepada hasil yang murni ini.


    Pujangga sudah lama melaungkan, ilmu itu umpama lautan. Saya pun tahu tentang itu tetapi jarang menyedarinya. Ianya bermula apabila saya diperingkat pembacaan untuk penyediaan tesis. Saya selalu rasa mahu tercekik dan lemas. Hanya boleh bernafas segar semula apabila menyedari saya berada dilautan ilmu bukan di gua yang hitam pekat penuh ketakutan.


    Sudah pasti kita bukanlah jenis yang cerdik pandai dalam semua hal hanya kerana kita berpelajaran tinggi. Seorang pemegang PHD bidang yang membuat kajian tentang bidang psikomotor tidak tentu pandai masak lemak cili padi ikan sembilang. Hm..Yum! yum! Begitu juga sebaliknya. Terima kasih kepada mak saya kerana memahami saya bila saya tidak tahu bagaimana mahu menyiang ikan keli yang sedang terlompat-lompat kegirangan di dalam baldi.


    Sedang berpura-pura kusyuk dan tawaduk menimba ilmu


    Seorang rakan saya  yang sedang bersusah payah menyeksa diri mempersiapkan disertasi PHDnya mengingatkan saya ada masanya, kita tidak akan terbayang dan terkenang betapa payahnya menjadikan sarjana atau PHD itu sebagai satu perjuangan diri yang bermakna. Lagi pula dalam sistem pendidikan kerajaan di negara kita yang tercinta ini, pemegang sarjana atau PHD tidak mempunyai apa-apa kelebihan dari segi nilai matawangpun. Untuk apa kepayahan yang ditanggung ataupun dimanakah berbaloinya mengorbankan perhatian yang sepatutnya diberikan kepada keluarga dan kerjaya? Ramai yang kata untuk kepuasan diri. Dulu saya tidak percaya semua ini untuk kepuasan diri. Mencari kepuasan diri dengan mengorbankan masa, wang ringgit dan kasih sayang bagi saya sangat melampau.


    Kemudiannya saya percaya menyambung pelajaran dan terus menggali ilmu ini memang satu kepuasan. Tetapi untuk mencapai kepuasan tertinggi, perlu juga kita bersedia menerima keazaban yang sangat gila. Mencapai kepuasan diri setelah bergelut dengan keazaban yang derita, memberikan kita satu kenikmatan hidup yang tidak terhingga.


    Kepada rakan yang sudah menggenggam Sarjana, saya cukup mengagumi anda, kepada yang sedang menyeksa diri seperti saya, marilah kita berdoa dan berusaha bersama, dan kepada yang belum sampai seru, rebutlah apa sahaja peluang yang ada supaya kita terus berilmu, berkeyakinan dan sentiasa rasa 'cool'.



    Sampai jumpa lagi.

    Salam sayang,

    Lina

    (Yang suka merungut dan perasan comel)


    Nota kaki 1 : Saya sangat rindu dengan potluck JSI yang bewarna-warni

    Nota kaki 2 : Saya sangat rindu dengan acara BBQ di pantai2 Labuan

    Nota kaki 3 : Adakah anda semua merindui saya ? (Tolong jangan kata tidak. Saya tidak boleh menerimanya :-) )

    29 Mei 2009

    JSI Makeover

    Pagi Sabtu, 23 Mei lalu, di kala kebanyakan kita menonton ulangan basi Akademi Fantasia atau masih terbuai mimpi, telah berlangsung sesi makeover JSI. JK Keceriaan JSI berbekalkan sikap positif, rimbun sintetik & juadah pagi telah berinisiatif melakukan beberapa perubahan fizikal pada Tingkat 4. Berikut adalah diari bergambar acara mereka.

    Eric Leong, Ikea, ketepi!  - Kak Norti menunjuk kaedah bercucuk tanam kepada anak-anak buahnya



    Mandor termuda turut bersama

    Siap sedia brunch pasca-JSI Makeover


    Antara kerja-kerja berat oleh lelaki & wanita besi JK Keceriaan


    Lagi kerja-kerja berat...

    Saat-saat Kodak keluarga JK Keceriaan

    Budi anda dihargai. Terima kasih kepada semua JK Keceriaan!
    Gambar oleh Azzaliza Arob

    Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

    Untuk semua 92 kumpulan sub-etnik Kadazandusun
    Untuk semua 10 kumpulan sub-etnik Bajau
    Untuk semua 29 kumpulan sub-etnik Murut
    Untuk semua 4 kumpulan sub-etnik Rungus
    Untuk semua 27 kumpulan sub-etnik Idahan/Ida'an
    Untuk semua 28 kumpulan sub-etnik Sungoi/Orang Sungai
    Untuk semua kumpulan etnik Brunei, Bisaya, Iranun, Kadayan, Lundayah, Suluk, Tidong, Bulongan, Balabak, Orang Tingkat 4, Orang-orang Malaysia. . .

    Selamat Menyambut Pesta Menuai 30-31 Mei 2009 dari kami
    di Catatan Tingkat Empat!


    KML juga bercuti pada Isnin, 1 Jun 2009

    Sumber data & gambar:
    Yaang, Barnard (Dis, 2008). Daily Express. Diangkat dari AboutSabah.com

    27 Mei 2009

    10 Soalan Harijadi untuk Fauziah Abdullah

    Tanggal 27 Mei merupakan hari kelahiran Fauziah Abdullah. Lebih mesra dikalangan teman dengan panggilan Kak G atau Len untuk sebahagian ruang lingkupnya, beliau juga merupakan ibu kepada 2 anak. Kak G telah bekerja di KML seawal penubuhan kolej itu hampir sedekad lalu. Ikuti 10 jawapan-jawapan harijadi Kak G di sini...

    1. Apa nama timangan anda?
    Len

    Len bersama teman JSI lain pada jamuan perpisahan mantan KJSI (Feb, 2008)

    2. Gambarkan diri anda dalam 5 perkataan
    Tidak cukup lima perkataan! Hehe...

    3. Mengapa masih di KML?
    Saya pun tengah berfikir kenapa masih di KML!

    4. Pengalaman paling berharga setakat ini
    Terlalu berharga untuk diungkapkan

    5. Namakan satu hari yang paling anda gemar setiap minggu. Mengapa?
    Jumaat... esok cuti!

    Kak G bersama teman-teman di Jamuan Potluck JSI awal 2009

    6. Pengalaman paling pahit setakat ini
    Terlalu peribadi untuk dikongsi...

    7. Jika anda Menteri Pelajaran Malaysia, perkara pertama yang anda akan ubah / tingkatkan saat ini
    Membasmi buta huruf sehebat-hebatnya.


    8. Sepuluh tahun dari sekarang ke manakah anda?

    Mempunyai keluarga yang tetap bahagia dan mengajar di tempat lain selain KML.

    9. Andaikan anda di beri pilihan hanya satu negara untuk tinggal selamanya. Negara apakah itu & mengapa?
    Malaysia - negaraku.

    10. Apakah ungkapan pegangan hidup anda (favourite quote)?
    Hidup biarlah berkualiti barulah tidak sia-sia.

    Fauziah Abdullah di Kursus Pemantapan Sahsiah dan Integriti JPP (Mac, 2009)

    Yuran Kelab Staf & Yuran Pantri

    Peringat untuk semua teman JSI

    1. Yuran Kelab Staf akan dikutip mulai 26 Mei sebanyak Rm5.00 sebulan. Sila jelaskan kepada Rabiyatul Basariya.
    2. Yuran Pantri JSI juga sedang dikutip sebanyak RM9.00 untuk bulan April, Mei & Jun. Sila jelaskannya kepada Masitah Mohamad.
    Gambar dari Dreamstime.com

    26 Mei 2009

    10 Soalan Harijadi untuk Vivian Lee

    20 April 1983 ialah tanggal lahir Lee Soo Yee. Gadis Tingkat 4 yang lebih dikenali dengan panggilan Vivian ini berasal dari K.Kinabalu. Untuk mengetahui serba sedikit mengenainya, Catatan Tingkat 4 mengajukan 10 soalan-soalan lazim harijadi...

    1. Apa nama timangan anda?
    Vien

    Vien saat di bangku sekolah lima tahun lepas, bersama Tun Mahathir

    2. Gambarkan diri anda dalam 5 perkataan
    Very simple yet particular person.

    3. Mengapa masih di KML?
    Saja nak di sini. Dekat dengan Sabah.

    4. Pengalaman paling berharga setakat ini
    Every encounter or experience is precious to me.

    5. Namakan satu hari yang paling anda gemar setiap minggu. Mengapa?
    Friday. It remarks the end of work.


    Berhampiran dengan perairan cantik di KK, Vivian lebih berpeluang beraktiviti lasak. (2007)

    6. Pengalaman paling pahit setakat ini
    Tiada lah. Mengapa ingat yang pahit & make my life miserable...

    7. Jika anda Menteri Pelajaran Malaysia, perkara pertama yang anda akan ubah / tingkatkan saat ini
    Upgrade quality of teachers. Examine thoroughly especially the qualifications and suitability of the person in becoming an educator.

    Vivian selaku jurulatih pasukan bolajaring KML 2008 bersama anak-anak buahnya.

    8. Sepuluh tahun dari sekarang ke manakah anda?

    Successful in other field, maybe.

    9. Andaikan anda di beri pilihan hanya satu negara untuk tinggal selamanya. Negara apakah itu & mengapa?
    Malaysia. I'm grateful of being a Malaysian although there are things that dissatisfy me, nevertheless none is perfect.

    10. Apakah ungkapan pegangan hidup anda (favourite quote)?
    If it happens that you can't change others, then start changing yourself & instill positive attitudes.

    Vivian seawal kehadirannya di JSI, 2007

    25 Mei 2009

    Keputusan Tinjauan 1/2009

    Untuk Tinjauan pertama, seramai 8 orang pengundi telah memberi kata putus. Juga boleh disimpulkan hanya 8 orang pembaca blog ini pada ketika itu. Berikut adalah keputusannya.

    10 Soalan Harijadi untuk Nurafida Ahmad

    5 Mei 2009, teman JSI kita Nurafida Ahmad menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-43 tahun. Bersempena itu, kami dekati beliau dengan 10 soalan, khas untuk pembaca Catatan Tingkat 4.

    1. Apa nama timangan anda?

    Zaman sekolah rendah: Fifi/flying knife/feito (dahsyat tu...)
    Panggilan di rumah: Edah

    "Fifi" di zaman England beliau sekitar 1985

    2. Gambarkan diri anda dalam 5 perkataan
    A friendly and concerned person...

    3. Mengapa masih di KML?
    Suka-suka saja.

    4. Pengalaman paling berharga setakat ini
    Tak ingat la

    5. Namakan satu hari yang paling anda gemar setiap minggu. Mengapa?
    Tak tau la, macam semua hari ok je...


    Nurafida bersama keluarga & kenalan mereka di gerai kepunyaan suami, 2008

    6. Pengalaman paling pahit setakat ini
    Rasa macam tak ada la pulak setakat ini...

    7. Jika anda Menteri Pelajaran Malaysia, perkara pertama yang anda akan ubah / tingkatkan saat ini
    Mula-mula sekali naikkan gaji I dulu...

    8. Sepuluh tahun dari sekarang ke manakah anda?
    Menunggu saat-saat pencen

    9. Andaikan anda di beri pilihan hanya satu negara untuk tinggal selamanya. Negara apakah itu & mengapa?
    Timbuktu -- macam curious saja nak tau what's going on in that place

    10. Apakah ungkapan pegangan hidup anda (favourite quote)?
    Never give up hope


    Nurafida Ahmad hari ini, yang sentiasa hopeful

    22 Mei 2009

    Memo: Audit dalaman MS ISO 8-12 Jun 2009

    Teman-teman JSI semua dengan mesranya diingatkan untuk mengemaskini apa-apa yang patut untuk mengelakkan jiwa anda runtun di hari-hari 8 hingga 12 Jun yang akan mendatang ini. Walau cuma audit dalaman, audit tetap audit. Bersama kita untuk bekerja lebih kualiti, berniat bersih dan mensucikan hasil dapatan. Moga semua yang disuap dan ditelan halal, molek dan setimpal belaka.

    Memo: Mesyuarat JSI Bil. 3/2009


    Tarikh: 22 Mei 2009 (Jumaat)
    Masa: 2.15PM
    Tempat: Bilik Mesyuarat Jab. Matematik & Sains Informatik (Aras 3, MP)
    Kepada: Ketua-ketua Unit JSI & Pensyarah-pensyarah JSI
    Daripada: Setiausaha JK JSI 2009

    Perkara: Mesyuarat JSI Bil. 3/2009
    Agenda

    1. Ucapan Pengerusi
    2. Pengesahan minit yang lalu
    3. Perkara-perkara berbangkit
    4. Laporan bendahari
    5. Laporan AJK JSI
    6. Hal-hal lain
    Sekian, terima kasih & harap maklum

    Kemaskini 22 Mei 2009
    Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam oleh jurugambar sukarela JSI, Azzaliza Arob, sewaktu sidang mesyuarat dijalankan.
    Srikandi JSI yang tekun mendengar ucapan KJSI, MT Azar

    Zaherah bertanyakan soalan, sedang Mahid mendengarkan jawapan

    Tumpuan untuk petang itu yang tak pernah luput melainkan untuk teman seangkatan, Dhanapala

    20 Mei 2009

    Selamat Hari Pendidik - Tahniah

    Saya bagi pihak Unit Pendidikan Islam Dan Moral nak ucapkan selamat hari pendidik kepada semua ahli JSI termasuk KJSI sekali. Kalau ahli JSI rajin tolong sampaikan juga pada ahli jabatan yang lain dan kalau terlebih rajin boleh sampaikan terus kepada semua pendidik di Labuan dan Malaysia termasuk Menteri Pelajaran.

    Sempena hari pendidik yang lepas marilah kita sama-sama berazam untuk menjadi pendidik yang sebenar. Yang macam cikgu dulu-dulu. Dari segi kesungguhannya, usahanya, budaya kerjanya, ikhlasnya dan semuanya. Bersama berpakat memartabatkan kerja yang mulia ini.

    Untuk cikgu-cikgu semua Selamat Hari Pendidik.

    19 Mei 2009

    Permohonan cop rasmi

    Borang senarai nama permohonan Cop Rasmi sedang diedarkan di JSI. Sila isikan untuk memohon beramai-ramai:
    1. Cop Nama untuk kegunaan rasmi
    2. Cop bertanda "Salinan Disahkan Benar"

    Tarikh akhir: 21 Mei 2009.

    Ralat: Bukan
    April 2009

    06 Mei 2009

    Khabar dari Maharom Mahmood


    Salam semua di JSI,
    Sebenarnya dah beberapa kali saya menulis di ruangan ini tetapi entah macamana tak pulak nampak keluarnya di ruangan ini. Walau macamanapun tetap tak give up. Masih ingin mengikuti perkembangan warga JSI dan berkomunikasi dengan anda semua.

    Harap semuanya sihat dan tahniah pada Saliza yang dah menimang cahaya mata kedua. Malam ini saya akan bertolak ke Chicago untuk menghadiri majlis convo anak bongsu saya pada hari Ahad 10/5. Niat nak bercuti lama di sana tapi kerana tugas saya cuma akan bercuti selama 2 minggu. Cuti hari Keputeraan Nabi Muhamad s.a.w saya ke Labuan tapi cuma berkesempatan bertemu dengan Mahid, Zaherah (menumpang di rumahnya), Aina dan keluarga, MT & isteri, En Saad, En Osman & keluarga dan beberapa yang lain. Maaf sebab tak merancang jadi taklah dapat bertemu. Insya Allah kalau panjang umur tentu ada kesempatan.

    Tanpa sedar masa berlalu dan kalau tak sambung perkhidmatan bersaralah saya pada 17 Mei tetapi rezeki masih ada - saya akan terus berkhidmat hingga Mei 2011. Dengar-dengarnya banyak perubahan berlaku. Ramai dah balik ke Semenanjung di Matrikulasi yang lain dan juga di sekolah. Walau di mana anda berada... Selamat maju jaya dalam karier dan dalam hidup seterusnya. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Saya yang di penghujung karier pun masih bermotivasi untuk belajar sesuatu yang baru. Masih banyak kekurangan dari segi ilmu dan pengalaman.

    Sekian dulu. Jumpa lagi di lain kesempatan. Rindu pot-luck JSI. Rindu KML dan semua. Seronok bekerja dengan anda semua... banyak kenangan manis di KML.

    Salam,
    Maharom Mahmood

    14 April 2009

    Sang Puteri no. 2

    Orang tingkat 4 Saliza Kamal Huri baru sahaja menimang cahaya mata pagi tadi. Beliau selamat melahirkan seorang puteri seberat 3.7kg di Hospital Putrajaya melalui pembedahan Caesarean. Ini ialah puteri keduanya selepas kelahiran yang pertama Disember 2007 lalu.
    Syukur dan tahniah!

    Tahniah!

    Saya dan Aina sekeluarga mengucapkan tahniah atas kelahiran yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. semoga dunia ini akan dipenuhi dengan orang-orang yang baik macam anak Saliza tu dan kepada staf yang sedang tunggu giliran semoga semua akan sejahtera dan selamat melahirkan. Terutama kepada Isteriku semoga tabah selalu dan semua yang senasib dengannya, ingatlah bahawa apa yang sedang dihadapi merupakan satu pengorbanan yang cukup hebat menjadi ibadah yang cukup tinggi ganjarannya.

    Sayuti Ishak

    Kemaskini (15 April 3.20 PM)
    Disertakan di sini gambar baby Saliza yang diberi nama Nur Amni Aissya Amin bt Mohd. Amin