29 Disember 2009

Vivian juara Pool Wanita Tertutup Labuan


LABUAN, 11 Disember: Vivian Lee menjuarai Kejohanan Tiger 8 Pool perseorangan wanita Tertutup Labuan anjuran bersama Hotel Grand Dorsett Labuan dan Harisson Trading Sdn. Bhd. yang diadakan di Fun Pub Hotel Grand Dorsett di sini, kelmarin.

Vivian menewaskan Emily Koh 7-4 pada pertandingan akhir untuk membawa pulang hadiah tunai RM1,000 bersama trofi dan baucer makan malam di Restoran Brasserie Hotel Grand Dorsett.

Manakala Emily yang bergelar naib juara menerima hadiah wang tunai RM700, sebuah trofi dan baucer makan malam di Restoran Brasserie Hotel Grand Dorsett.

Sementara itu, Adriana Yahya jatuh ditempat ketiga untuk menerima hadiah wang tunai RM400 dan sebuah trofi selepas menewaskan Sandie Bonotano pada persaingan untuk merebut tempat ketiga dan keempat. Sandie membawa pulang hadiah RM200. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan masing-masing oleh Pengurus Besar Hotel Grand Dorsett, Hubert Wilfred, Pengurus Syarikat Harisson Trading, Nelson Chin dan Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Grand Dorsett, Rodulf Steiger.

Seramai 20 peserta telah mengambil bahagian di kejohanan yang bermula sejak 1 Disember lalu. (oleh Jainudin Djimin, New Sabah Times)

Klik keratan di bawah untuk berita asal