Saya pernah terbaca satu artikel oleh Dr Danial yang mengesahkan kaum red Indian di Amerika,apa yang menarik perhatian saya ialah mengikut kajian ramai antara mereka yang mati kerana gelisah dan bimbang akan sesuatu yang belum terjadi atau yang tak pasti terjadinya,ini sangat mengejutkan penyelidik tersebut.Bimbang terhadap apa yang mereka gambarkan dalam fikiran mereka sendiri.Ya memang lucu tapi tahukah kita penyakit ini memang menyerang ramai orang dalam kalangan masyarakat kita.Paling tidak ia dikaitkan sebagai punca penyakit besar seperti sakit jantung,darah tinggi dan kemurungan.Suatu hari mungkin juga ramai antara kita yang mati kerana kegelisahan dan kebimbangan.
Sebenarnya penyakit ini telah pun disebut tuhan dalam firmannya…….”Sesungguhnya manusia itu diciptakan besifat khalu a’(gelisah)sehingga menjadi gopoh gapah dalam tindakan mereka.
Bagaimana pun ,Allah juga menyediakan remedi sebagai penawarnya.Namun sebelum kita mengetahui penawarnya ada baiknya kita mengetahui punca berlakunya kegelisahan itu.Dr Aid Abdullah Qarni berkata antara puncanya ialah kecintaan kepada dunia sehingga takut fakir darinya.Berlarut-larut dalam angan-angan dan fantasi sehingga melihat realiti sebagai tekanan.Dan ketiga, punca-punca lain seperti pengaruh agama yang dianut,tahyul dan tanggapan negatif terhadap dunia dan prejudis terhadap orang lain.
Penyakit itu sebenarnya tidak sedikit pun boleh menyerang orang yang benar-benar beriman,Pertama kerana janji tuhan untuk memenangkan orang beriman,…firmannya "Sesungguhnya beroleh kemenanganlah org beriman…"apatahlagi mereka yang bertaqwa.Selepas iman dan taqwa ditambah dengan ramuan zikrullah….yang Allah sebut denganya(zikr)menenangkan jiwa.Tetapi kegelisahan itu sukar padam kalau kita semua tidak mengerti dan meyakini takdir Allah.Dengan memahami takdir , rukun iman keenam inilah yang menjadi benteng kegelisahan.Bayangkan orang yang mengimani firman Allah"…Tidak akan tertimpa musibah keatas kami melainkan apa yang Allah tetapkan bagi kami."Bayangkan orang yang mengimani hadith nabi"kalaulah berkumpul seluruh manusia untuk mendatangkan mudarat kepadamu,tidak sebarang mudarat pun mendatangimu melainkan apa yang telah Allah tetapkan bagimu…."