Salam semua di JSI,
Sebenarnya dah beberapa kali saya menulis di ruangan ini tetapi entah macamana tak pulak nampak keluarnya di ruangan ini. Walau macamanapun tetap tak give up. Masih ingin mengikuti perkembangan warga JSI dan berkomunikasi dengan anda semua.
Harap semuanya sihat dan tahniah pada Saliza yang dah menimang cahaya mata kedua. Malam ini saya akan bertolak ke Chicago untuk menghadiri majlis convo anak bongsu saya pada hari Ahad 10/5. Niat nak bercuti lama di sana tapi kerana tugas saya cuma akan bercuti selama 2 minggu. Cuti hari Keputeraan Nabi Muhamad s.a.w saya ke Labuan tapi cuma berkesempatan bertemu dengan Mahid, Zaherah (menumpang di rumahnya), Aina dan keluarga, MT & isteri, En Saad, En Osman & keluarga dan beberapa yang lain. Maaf sebab tak merancang jadi taklah dapat bertemu. Insya Allah kalau panjang umur tentu ada kesempatan.
Tanpa sedar masa berlalu dan kalau tak sambung perkhidmatan bersaralah saya pada 17 Mei tetapi rezeki masih ada - saya akan terus berkhidmat hingga Mei 2011. Dengar-dengarnya banyak perubahan berlaku. Ramai dah balik ke Semenanjung di Matrikulasi yang lain dan juga di sekolah. Walau di mana anda berada... Selamat maju jaya dalam karier dan dalam hidup seterusnya. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Saya yang di penghujung karier pun masih bermotivasi untuk belajar sesuatu yang baru. Masih banyak kekurangan dari segi ilmu dan pengalaman.
Sekian dulu. Jumpa lagi di lain kesempatan. Rindu pot-luck JSI. Rindu KML dan semua. Seronok bekerja dengan anda semua... banyak kenangan manis di KML.
Salam,
Maharom Mahmood