20 Mei 2009

Selamat Hari Pendidik - Tahniah

Saya bagi pihak Unit Pendidikan Islam Dan Moral nak ucapkan selamat hari pendidik kepada semua ahli JSI termasuk KJSI sekali. Kalau ahli JSI rajin tolong sampaikan juga pada ahli jabatan yang lain dan kalau terlebih rajin boleh sampaikan terus kepada semua pendidik di Labuan dan Malaysia termasuk Menteri Pelajaran.

Sempena hari pendidik yang lepas marilah kita sama-sama berazam untuk menjadi pendidik yang sebenar. Yang macam cikgu dulu-dulu. Dari segi kesungguhannya, usahanya, budaya kerjanya, ikhlasnya dan semuanya. Bersama berpakat memartabatkan kerja yang mulia ini.

Untuk cikgu-cikgu semua Selamat Hari Pendidik.

19 Mei 2009

Permohonan cop rasmi

Borang senarai nama permohonan Cop Rasmi sedang diedarkan di JSI. Sila isikan untuk memohon beramai-ramai:
1. Cop Nama untuk kegunaan rasmi
2. Cop bertanda "Salinan Disahkan Benar"

Tarikh akhir: 21 Mei 2009.

Ralat: Bukan
April 2009

06 Mei 2009

Khabar dari Maharom Mahmood


Salam semua di JSI,
Sebenarnya dah beberapa kali saya menulis di ruangan ini tetapi entah macamana tak pulak nampak keluarnya di ruangan ini. Walau macamanapun tetap tak give up. Masih ingin mengikuti perkembangan warga JSI dan berkomunikasi dengan anda semua.

Harap semuanya sihat dan tahniah pada Saliza yang dah menimang cahaya mata kedua. Malam ini saya akan bertolak ke Chicago untuk menghadiri majlis convo anak bongsu saya pada hari Ahad 10/5. Niat nak bercuti lama di sana tapi kerana tugas saya cuma akan bercuti selama 2 minggu. Cuti hari Keputeraan Nabi Muhamad s.a.w saya ke Labuan tapi cuma berkesempatan bertemu dengan Mahid, Zaherah (menumpang di rumahnya), Aina dan keluarga, MT & isteri, En Saad, En Osman & keluarga dan beberapa yang lain. Maaf sebab tak merancang jadi taklah dapat bertemu. Insya Allah kalau panjang umur tentu ada kesempatan.

Tanpa sedar masa berlalu dan kalau tak sambung perkhidmatan bersaralah saya pada 17 Mei tetapi rezeki masih ada - saya akan terus berkhidmat hingga Mei 2011. Dengar-dengarnya banyak perubahan berlaku. Ramai dah balik ke Semenanjung di Matrikulasi yang lain dan juga di sekolah. Walau di mana anda berada... Selamat maju jaya dalam karier dan dalam hidup seterusnya. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Saya yang di penghujung karier pun masih bermotivasi untuk belajar sesuatu yang baru. Masih banyak kekurangan dari segi ilmu dan pengalaman.

Sekian dulu. Jumpa lagi di lain kesempatan. Rindu pot-luck JSI. Rindu KML dan semua. Seronok bekerja dengan anda semua... banyak kenangan manis di KML.

Salam,
Maharom Mahmood

14 April 2009

Sang Puteri no. 2

Orang tingkat 4 Saliza Kamal Huri baru sahaja menimang cahaya mata pagi tadi. Beliau selamat melahirkan seorang puteri seberat 3.7kg di Hospital Putrajaya melalui pembedahan Caesarean. Ini ialah puteri keduanya selepas kelahiran yang pertama Disember 2007 lalu.
Syukur dan tahniah!

Tahniah!

Saya dan Aina sekeluarga mengucapkan tahniah atas kelahiran yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. semoga dunia ini akan dipenuhi dengan orang-orang yang baik macam anak Saliza tu dan kepada staf yang sedang tunggu giliran semoga semua akan sejahtera dan selamat melahirkan. Terutama kepada Isteriku semoga tabah selalu dan semua yang senasib dengannya, ingatlah bahawa apa yang sedang dihadapi merupakan satu pengorbanan yang cukup hebat menjadi ibadah yang cukup tinggi ganjarannya.

Sayuti Ishak

Kemaskini (15 April 3.20 PM)
Disertakan di sini gambar baby Saliza yang diberi nama Nur Amni Aissya Amin bt Mohd. Amin

13 April 2009

Lagi kehilangan ahli JSI

Perpindahan Pn. Dayang Asmah baru saja diluluskan minggu lalu. Menurut beliau yang sedang menjalani Kursus Biro Tatanegara (BTN, 10-15 Apr) di Kundasang, Asmah dan teman-teman JSI lain akan seterusnya ke Kursus Induksi (18-30 Apr) di KK. Selain Dayang Asmah, Atlas & Brian juga akan selesai berkursus awal Mei nanti. Dayang Asmah akan bertukar berkhidmat ke sekolah yang belum dikenal pasti mulai pertengahan tahun ini.

Setakat ini jumlah kehilangan ahli JSI adalah sebanyak 4 orang termasuk Saliza Kamalhuri, Ibtizam Anwar dan Roslan Mokhtar.