22 Mei 2009

Memo: Audit dalaman MS ISO 8-12 Jun 2009

Teman-teman JSI semua dengan mesranya diingatkan untuk mengemaskini apa-apa yang patut untuk mengelakkan jiwa anda runtun di hari-hari 8 hingga 12 Jun yang akan mendatang ini. Walau cuma audit dalaman, audit tetap audit. Bersama kita untuk bekerja lebih kualiti, berniat bersih dan mensucikan hasil dapatan. Moga semua yang disuap dan ditelan halal, molek dan setimpal belaka.

Memo: Mesyuarat JSI Bil. 3/2009


Tarikh: 22 Mei 2009 (Jumaat)
Masa: 2.15PM
Tempat: Bilik Mesyuarat Jab. Matematik & Sains Informatik (Aras 3, MP)
Kepada: Ketua-ketua Unit JSI & Pensyarah-pensyarah JSI
Daripada: Setiausaha JK JSI 2009

Perkara: Mesyuarat JSI Bil. 3/2009
Agenda

  1. Ucapan Pengerusi
  2. Pengesahan minit yang lalu
  3. Perkara-perkara berbangkit
  4. Laporan bendahari
  5. Laporan AJK JSI
  6. Hal-hal lain
Sekian, terima kasih & harap maklum

Kemaskini 22 Mei 2009
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam oleh jurugambar sukarela JSI, Azzaliza Arob, sewaktu sidang mesyuarat dijalankan.
Srikandi JSI yang tekun mendengar ucapan KJSI, MT Azar

Zaherah bertanyakan soalan, sedang Mahid mendengarkan jawapan

Tumpuan untuk petang itu yang tak pernah luput melainkan untuk teman seangkatan, Dhanapala

20 Mei 2009

Selamat Hari Pendidik - Tahniah

Saya bagi pihak Unit Pendidikan Islam Dan Moral nak ucapkan selamat hari pendidik kepada semua ahli JSI termasuk KJSI sekali. Kalau ahli JSI rajin tolong sampaikan juga pada ahli jabatan yang lain dan kalau terlebih rajin boleh sampaikan terus kepada semua pendidik di Labuan dan Malaysia termasuk Menteri Pelajaran.

Sempena hari pendidik yang lepas marilah kita sama-sama berazam untuk menjadi pendidik yang sebenar. Yang macam cikgu dulu-dulu. Dari segi kesungguhannya, usahanya, budaya kerjanya, ikhlasnya dan semuanya. Bersama berpakat memartabatkan kerja yang mulia ini.

Untuk cikgu-cikgu semua Selamat Hari Pendidik.

19 Mei 2009

Permohonan cop rasmi

Borang senarai nama permohonan Cop Rasmi sedang diedarkan di JSI. Sila isikan untuk memohon beramai-ramai:
1. Cop Nama untuk kegunaan rasmi
2. Cop bertanda "Salinan Disahkan Benar"

Tarikh akhir: 21 Mei 2009.

Ralat: Bukan
April 2009

06 Mei 2009

Khabar dari Maharom Mahmood


Salam semua di JSI,
Sebenarnya dah beberapa kali saya menulis di ruangan ini tetapi entah macamana tak pulak nampak keluarnya di ruangan ini. Walau macamanapun tetap tak give up. Masih ingin mengikuti perkembangan warga JSI dan berkomunikasi dengan anda semua.

Harap semuanya sihat dan tahniah pada Saliza yang dah menimang cahaya mata kedua. Malam ini saya akan bertolak ke Chicago untuk menghadiri majlis convo anak bongsu saya pada hari Ahad 10/5. Niat nak bercuti lama di sana tapi kerana tugas saya cuma akan bercuti selama 2 minggu. Cuti hari Keputeraan Nabi Muhamad s.a.w saya ke Labuan tapi cuma berkesempatan bertemu dengan Mahid, Zaherah (menumpang di rumahnya), Aina dan keluarga, MT & isteri, En Saad, En Osman & keluarga dan beberapa yang lain. Maaf sebab tak merancang jadi taklah dapat bertemu. Insya Allah kalau panjang umur tentu ada kesempatan.

Tanpa sedar masa berlalu dan kalau tak sambung perkhidmatan bersaralah saya pada 17 Mei tetapi rezeki masih ada - saya akan terus berkhidmat hingga Mei 2011. Dengar-dengarnya banyak perubahan berlaku. Ramai dah balik ke Semenanjung di Matrikulasi yang lain dan juga di sekolah. Walau di mana anda berada... Selamat maju jaya dalam karier dan dalam hidup seterusnya. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Saya yang di penghujung karier pun masih bermotivasi untuk belajar sesuatu yang baru. Masih banyak kekurangan dari segi ilmu dan pengalaman.

Sekian dulu. Jumpa lagi di lain kesempatan. Rindu pot-luck JSI. Rindu KML dan semua. Seronok bekerja dengan anda semua... banyak kenangan manis di KML.

Salam,
Maharom Mahmood