Selamat datang, aramaitih teman-teman!
Bahasa Inggeris
En. Mansor Suleman – Terengganu
En. Iskandar Zulfadzli Abdullah – Melaka
Pn. Nadriah Idris – Perak
Perakaunan
Hj. Abdul Hamid Hussain – Kelantan
Pn. Zarina Naharawi – Perak
Pengurusan Perniagaan
En. Abdul Halim Mat Desa – N. Sembilan
Pendidikan Islam & Moral
En. Khairil Azuar Mohd Noor – Pahang
Pn. Zaenah Suhaili – Pahang
Pn. Sri Rafidayu Mohd Ani – Pahang
14 Oktober 2009
Pensyarah baru JSI
01 Oktober 2009
27 Julai 2009
Yasmin Ahmad (1958-2009): Belasungkawa

04 Julai 2009
Pengalaman Terbang MH2636

Lama sangat tak menyumbang kat halaman JSI ni... macam rindu pulak nak berkongsi cerita dengan kawan kawan.
Ini pengalaman yang tak akan saya lupakan. EVER! Pengalaman terbang dalam keadaan cuaca hujan ribut pada malam 29 Jun 2009 (9.00pm)
Karangan ini ditulis dalam Bahasa Inggeris untuk efek dramatik. HEHE.
Begini ceritanya...
"
1. Let me tell you about the weather in Labuan. When it rains, it POURS!
2. And it poured really heavily last night when I was flying back to Labuan from KL. It was the worst turbulence I have ever experienced in my years of flying. The plane had to be diverted to Kota Kinabalu International Airport (KKIA).
3. The plane was approaching when the pilot announced that he had to "hold approach due to unfavourable weather." That was weird. Usually, it was the head steward who made any "unfavourable weather" announcements. This time, it was the captain himself!
4. Worry loomed large on board.
5. The plane hovered over Labuan when suddenly I felt the engine blast stronger and we climbed into darkness. I suspected then that landing had to be aborted. Announcement by the cabin crew confirmed my suspicion. We were headed to KKIA.
6. At KKIA, we waited for almost one hour in the plane, waiting for clearance from Labuan to fly back.
7. After two rounds of orange and guava juice, we flew back again to Labuan and were warned of bumpy ride ahead. It WAS!
8. Approaching Labuan, we were asked to wear our seat belts in preparation of landing. The plane slowed and maneuvered down when suddenly the engine was blasted again and it climbed up.
9. That was failed attempt #1. The captain announced that it was impossible to land and was making another approach.
10. After a while, we were moving down, almost touching the landing strip when the engine blasted with full force and we were airborne again. The lights of the plane's wings were on and I could see rain drops passing by with force I could only imagine.
11. That was failed attempt #2. The captain was silent this time.
12. After about 15 minutes hovering over the dark and stormy sky of Labuan, the captain was trying another approach and descent. However, the plane shook violently and it climbed up again.
13. Failed Attempt #3. Still nothing from the captain. Worry loomed larger. I could feel the eerie silence on board.
14. Only after rounds of sharp maneuvering and heavy shaking, the plane was landed safely, with a big thud!
15, As if to convey their gratitude, some of the passengers clapped. I joined them. The full gratitude to Captain Jacob.
16. That was the experience I will never forget.
17. Two things troubled my mind though. First, when we were in KKIA how could the air tower of Labuan airport gave clearance for the pilots to fly in when they knew there was a storm? and second, how could the captain make so many landing attempts during a heavy storm?
18. I would like to suggest that pilots should limit landing attempts during heavy storms to only two since more failed attempts mean putting the passengers in long and constant fear. And we are talking about real risk and real danger here.
19. As I was finding the answers to the above in the safety of my bed, the infamous heavy downpour of Labuan continued into the night. "
dipetik dari blog saya... ;)
11 Jun 2009
Menimba Ilmu Satu Kenikmatan dan Keazaban yang Serentak
Sehingga hari ini, lebih kurang enam bulan kita tidak pernah bertentang mata. Sepantas kilat masa berlalu. Baru sahaja rasanya saya meninggalkan bilik paling hujung di tingkat empat itu. Walaupun saya selalu merungut bilik tu terlalu jauh dari tandas, tetapi bilik itulah yang paling 'best' tahap dewa. Kerana bilik itulah, setiap kali perjalanan pergi dan balik ke bilik, saya akan melalui semua 'cubicle' dan bilik ketua unit. Semua orang boleh nampak dan dengar bila saya rasa gembira, marah, sedih, nak terkucil, terseksa, dan selalu perasan comel. Berkongsi perasaan dengan anda semua memudahkan hidup saya. Memudahkan saya untuk terus rasa muda, anggun dan penuh keyakinan (haha... untuk sesiapa yang masih ingat iklan Habib Jewel masa muda2 dulu).
Sekarang saya sudah melepasi satu semester Sarjana Pendidikan Perakaunan di UPSI. Alhamdulillah dan terima kasih diatas dorongan dan doa jika ada warga JSI yang masih sudi mengingati saya, saya telah memperolehi keputusan peperiksaan yang tidak pernah saya capai semasa belajar di peringkat 'degree'. Saya yakin, jika rakan2 di JSI berada di tempat saya, keputusan yang bagus melangit mampu dicapai. Menimba ilmu di ketika usia yang sudah matang, memungkinkan kita lebih bijak merancang, lebih rasional berfikir dan lebih fokus tentang matlamat diri.
Angkatlah ilmu, walaupun kadang-kadang berat
Seorang pensyarah saya di sini yang mengajar subjek penyelidikan yang sangat tenang dan merendah diri sifatnya meninggalkan kata-kata yang sangat sarjana bagi saya. katanya ada bermacam niat kenapa ada orang sanggup melanjutkan pelajaran ke peringkat setinggi yang mungkin. Walau apapun alasannya, proses menggali ilmu menjadikan cara berfikir kita akan berubah kepada satu tahap yang lebih tinggi dan besar sifatnya. Manusia yang bersarjana atau memiliki PHD itu sepatutnya semakin matang, rasional dan lebih kritis dalam segala hal. Bukan hanya penumpuan kritis kepada bidang yang diambil semasa mengikuti program sarjana atau PHD sahaja tetapi juga dalam segala hal di sekeliling alam pandangan dan capaian kita. Penyediaan disertasi atau tesis hanyalah sebagai batu alas kepada hasil yang murni ini.
Pujangga sudah lama melaungkan, ilmu itu umpama lautan. Saya pun tahu tentang itu tetapi jarang menyedarinya. Ianya bermula apabila saya diperingkat pembacaan untuk penyediaan tesis. Saya selalu rasa mahu tercekik dan lemas. Hanya boleh bernafas segar semula apabila menyedari saya berada dilautan ilmu bukan di gua yang hitam pekat penuh ketakutan.
Sudah pasti kita bukanlah jenis yang cerdik pandai dalam semua hal hanya kerana kita berpelajaran tinggi. Seorang pemegang PHD bidang yang membuat kajian tentang bidang psikomotor tidak tentu pandai masak lemak cili padi ikan sembilang. Hm..Yum! yum! Begitu juga sebaliknya. Terima kasih kepada mak saya kerana memahami saya bila saya tidak tahu bagaimana mahu menyiang ikan keli yang sedang terlompat-lompat kegirangan di dalam baldi.
Sedang berpura-pura kusyuk dan tawaduk menimba ilmu
Seorang rakan saya yang sedang bersusah payah menyeksa diri mempersiapkan disertasi PHDnya mengingatkan saya ada masanya, kita tidak akan terbayang dan terkenang betapa payahnya menjadikan sarjana atau PHD itu sebagai satu perjuangan diri yang bermakna. Lagi pula dalam sistem pendidikan kerajaan di negara kita yang tercinta ini, pemegang sarjana atau PHD tidak mempunyai apa-apa kelebihan dari segi nilai matawangpun. Untuk apa kepayahan yang ditanggung ataupun dimanakah berbaloinya mengorbankan perhatian yang sepatutnya diberikan kepada keluarga dan kerjaya? Ramai yang kata untuk kepuasan diri. Dulu saya tidak percaya semua ini untuk kepuasan diri. Mencari kepuasan diri dengan mengorbankan masa, wang ringgit dan kasih sayang bagi saya sangat melampau.
Kemudiannya saya percaya menyambung pelajaran dan terus menggali ilmu ini memang satu kepuasan. Tetapi untuk mencapai kepuasan tertinggi, perlu juga kita bersedia menerima keazaban yang sangat gila. Mencapai kepuasan diri setelah bergelut dengan keazaban yang derita, memberikan kita satu kenikmatan hidup yang tidak terhingga.
Kepada rakan yang sudah menggenggam Sarjana, saya cukup mengagumi anda, kepada yang sedang menyeksa diri seperti saya, marilah kita berdoa dan berusaha bersama, dan kepada yang belum sampai seru, rebutlah apa sahaja peluang yang ada supaya kita terus berilmu, berkeyakinan dan sentiasa rasa 'cool'.
Sampai jumpa lagi.
Salam sayang,
Lina
(Yang suka merungut dan perasan comel)
Nota kaki 1 : Saya sangat rindu dengan potluck JSI yang bewarna-warni
Nota kaki 2 : Saya sangat rindu dengan acara BBQ di pantai2 Labuan
Nota kaki 3 : Adakah anda semua merindui saya ? (Tolong jangan kata tidak. Saya tidak boleh menerimanya :-) )




