15 Januari 2008

RISAU ITU BIASA, GELISAH JANGAN..

Saya pernah terbaca satu artikel oleh Dr Danial yang mengesahkan kaum red Indian di Amerika,apa yang menarik perhatian saya ialah mengikut kajian ramai antara mereka yang mati kerana gelisah dan bimbang akan sesuatu yang belum terjadi atau yang tak pasti terjadinya,ini sangat mengejutkan penyelidik tersebut.Bimbang terhadap apa yang mereka gambarkan dalam fikiran mereka sendiri.Ya memang lucu tapi tahukah kita penyakit ini memang menyerang ramai orang dalam kalangan masyarakat kita.Paling tidak ia dikaitkan sebagai punca penyakit besar seperti sakit jantung,darah tinggi dan kemurungan.Suatu hari mungkin juga ramai antara kita yang mati kerana kegelisahan dan kebimbangan.

Sebenarnya penyakit ini telah pun disebut tuhan dalam firmannya…….”Sesungguhnya manusia itu diciptakan besifat khalu a’(gelisah)sehingga menjadi gopoh gapah dalam tindakan mereka.

Bagaimana pun ,Allah juga menyediakan remedi sebagai penawarnya.Namun sebelum kita mengetahui penawarnya ada baiknya kita mengetahui punca berlakunya kegelisahan itu.Dr Aid Abdullah Qarni berkata antara puncanya ialah kecintaan kepada dunia sehingga takut fakir darinya.Berlarut-larut dalam angan-angan dan fantasi sehingga melihat realiti sebagai tekanan.Dan ketiga, punca-punca lain seperti pengaruh agama yang dianut,tahyul dan tanggapan negatif terhadap dunia dan prejudis terhadap orang lain.

Penyakit itu sebenarnya tidak sedikit pun boleh menyerang orang yang benar-benar beriman,Pertama kerana janji tuhan untuk memenangkan orang beriman,…firmannya "Sesungguhnya beroleh kemenanganlah org beriman…"apatahlagi mereka yang bertaqwa.Selepas iman dan taqwa ditambah dengan ramuan zikrullah….yang Allah sebut denganya(zikr)menenangkan jiwa.Tetapi kegelisahan itu sukar padam kalau kita semua tidak mengerti dan meyakini takdir Allah.Dengan memahami takdir , rukun iman keenam inilah yang menjadi benteng kegelisahan.Bayangkan orang yang mengimani firman Allah"…Tidak akan tertimpa musibah keatas kami melainkan apa yang Allah tetapkan bagi kami."Bayangkan orang yang mengimani hadith nabi"kalaulah berkumpul seluruh manusia untuk mendatangkan mudarat kepadamu,tidak sebarang mudarat pun mendatangimu melainkan apa yang telah Allah tetapkan bagimu…."

Tenangkanlah hati dan betulkan perspektif kita terhadap dunia dan manusia,buatlah mengikut kewajarannya dan jangan terlalu memikirkan bagaimana jadinya masa depan kerana belum tentu pun kita hidup ketika itu,kalau hidup pun tak mestinya terjadi seperti yang kita risaukan.Kata ahli falsafah tak sampai 5% pun dari apa yang dirisaukan manusia itu menjadi kenyataan.Menyimpan cita-cita memang penting tetapi ia sebagai penggerak bukan sebagai penentu kerana kita merancang dan Allah lah yang berkuasa menentukan segalanya. Kita boleh sahaja buat pilihan kedua iaitu terus risau dan bimbang sehingga datangnya penyakit kronik dan mati membawa bersama kerisauan itu, mungkin itulah pilihan kita!

31 Disember 2007

Di Ambang 2008

Tahun baru menjelma kini. Perkataan 'baru' menyerlahkan rasa indah dengan semangat berkobar, penuh keazaman dan doa agar hidup kita lebih bermakna dan penuh sukses. Pastinya ada yang berharap langkah 'baru' itu akan meninggalkan tapak- tapak yang kesannya mampu membahagiakan diri kita.

Tahun 2007 pula kita tinggalkan dengan kenangan pahit manis, penuh peristiwa yang enak dan yang mencabar minda. Ada yang menangis, ada yang menderita, tak kurang juga yang bersorak dan bersukaria. Apapun, setiap tahun yang kita lalui pasti mematangkan kita dengan pengalaman selain menginjakkan usia kita. Jadi, tentu tahun baru 2008 ini mampu kita mulai dengan sikap yang lebih matang, proaktif dan positif. Akan saya doakan buat semua pembaca khususnya warga JSI.

Sekiranya pembaca berkelapangan, ingin saya mencadangkan anda untuk melawat blog ini. http://zulrushdi. net/index. php?option= com_content&task=blogcategory&id=15&Itemid=32
Kisah seorang insan yang cukup kuat semangat dan telah melalui detik- detik 2007 dengan tabah sekali. Setiap nukilan beliau telah mengubah perspektif saya terhadap kehidupan, insyaallah. Mungkin anda juga boleh memanfaatkannya. Selamat Membaca.

29 Disember 2007

PROAKTIF: PILIH TINDAKAN ANDA

‘Macam mana saya nak baik, kalau suami saya jenis manusia macam tu?, keluh seorang isteri.


Saya faham Insya Allah, tentang apa yang ustaz cakap. Tapi isteri saya yang masalahnya. Ustaz tak ada buat kursus untuk isteri-isteri?, kata seorang suami.

Apa yang ustaz cakap tu betul, tapi kami orang bawah nak buat macam mana? Teori graviti bukankah atas ke bawah/ Orang atas yang kena dengar benda-benda ni, keluh kerani-kerani dari sebuah bank.

Saya rasa puas hati betul dengan huraian ustaz. Kami di bahagian pengurusan faham Insya Allah. Alangkah baiknya kalau orang bawah faham benda-benda ini, sebab mereka yang nak buat kerja-kerja nanti, kata bos-bos yang berkursus.

Itulah nada-nada biasa yang kita dengar setiap kali mengendalikan kursus. Semua orang meletakkan syarat perubahan kepada orang lain, pada seseorang dan sesuatu yang dia tidak boleh ubah.

Walaupun suami ke atas isteri, bos ke atas pekerja, kita hanya mampu menarik kuda ke sungai, tetapi minum atau tidak, tiada siapa yang boleh memaksanya. Tetapi, itulah yang kita suka harapkan. Harapkan orang berubah supaya kita berubah.

Ini falsafah bangau. Sentiasa menyalahkan pihak lain:

BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.

Ikan oh ikan kenapa tak mahu timbul?

Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.

Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?

Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.

Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?

Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.

Perut oh perut, kenapa engkau sakit?

Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.

Nasi oh nasi, mengapa engkau mentah?

Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.

Kayu oh kayu, mengapa kau basah?

Macam mana aku tak basah, hujan melimpah turun.

Hujan oh hujan, mengapa kau turun?

Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.

Katak oh katak, kenapa panggil hujan?

Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.

Ular oh ular, kenapa nak makan katak?

Macam mana aku tak makan, MEMANG MAKANAN AKU.

Ya, mujurlah ular berhenti menyalahkan orang lain. Jika ular masih mencari alasan, mungkin nama anda pun akan ada dalam lagu ini. Pelbagai isu akan terlibat. Globalisasi, dasar kerajaan, Orientalis, jiran, bapa mertua? Siapa lagi dalam senarai pihak yang ingin kita salahkan?

Lihat, apabila ular mula mengambil tanggungjawab terhadap AKU iaitu dirinya sendiri, selesai polemik dan masalah di hutan. Ya, masalah boleh menampakkan penyelesaian apabila anda akan mula bercakap tentang AKU, iaitu diri anda, diri saya, diri masing-masing.

Inilah namanya PROAKTIF. Proaktif bermaksud, mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kita tidak meletakkan kualiti hidup kita atas sesuatu yang kita tidak boleh kawal.

Ana tak boleh buat apa-apa kalau jalan jem macam ini, memang ana jadi kaki mencarut punya, kata seoarang pemandu di Kuala Lumpur. Susahlah begitu. Mungkin dia kena pindah ke Kampung Bongek, barulah boleh berhenti mencarut.

Kalau cuaca gloomy macam ini, saya memang depressed, kata seoarang pelajar di Galway, Ireland. Emm, dia sudah tersalah memilih tempat belajar. Sepatutnya dia memilih untuk belajar di Tha’if, Arab Saudi atau di Burkina Faso, barulah cuaca cerah sentiasa.

Kenyataan-kenyataan seperti ini, adalah seperti meletakkan remote controller kehidupan kita di pihak lain. Kita gembira atau sedih, kita bahagia atau derita, semua ditentukan oleh orang lain. Cuaca yang akan menentukan mood kita. Ibu bapa yang akan menentukan saya boleh jadi ibu atau bapa yang baik. Bursa saham sahaja yang boleh menentukan tahap senyum dan bahagia saya.

Oh, kehidupan seperti ini adalah kehidupan reaktif. Kita tiada upaya untuk memutuskan tindakan atas pilihan sendiri. Kita hanya mampu memberi reaksi. Hidup begini adalah hidup yang rumit lagi sulit. Masakan tidak, jika ujian kehidupan menentukan kebahagian diri, mampukah kita mencari sebuah kehidupan yang bebas dari ujian?

Berhentilan daripada mencari unsur luar, kerana semua itu ada dalam dirimu. Mahu bahagia atau derita, pilih sendiri. Mahu menafsirkan ujian sebagai kaffarah dari Allah, peluang untuk diperbaiki & memperbaiki atau mahu menafsirkannya sebagai bala bencana penyebab derita lagi sengsara atau mahu menafsirkannya dengan gaya si luncai AKU TIDAK PEDULI SEMUA, anda pilih sendiri.

Mulakanlah perubahan dengan mengubah diri sendiri. Warnakan alam dengan pandangan anda sendiri.........

28 Disember 2007

A Butterfly Story

A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress. It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further.

So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.

The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings.

The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.

Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.

What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were God's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.

Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If God allowed us to go through our lives without any obstacles, it would cripple us.

We would not be as strong as what we could have been. We could never fly!

I asked for Strength.........
And God gave me Difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom.........
And God gave me Problems to solve.

I asked for Prosperity.........
And God gave me Brain and Brawn to work.

I asked for Courage.........
And God gave me Danger to overcome.

I asked for Love.........
And God gave me Troubled people to help.

I asked for Favors.........
And God gave me Opportunities.

I received nothing I wanted ........
I received everything I needed!