11 Jun 2009

Menimba Ilmu Satu Kenikmatan dan Keazaban yang Serentak

Salam ingatan kepada semua warga JSI,


Sehingga hari ini, lebih kurang enam bulan kita tidak pernah bertentang mata. Sepantas kilat masa berlalu. Baru sahaja rasanya saya meninggalkan bilik paling hujung di tingkat empat itu. Walaupun saya selalu merungut bilik tu terlalu jauh dari tandas, tetapi bilik itulah yang paling 'best' tahap dewa. Kerana bilik itulah, setiap kali perjalanan pergi dan balik ke bilik, saya akan melalui semua 'cubicle' dan bilik ketua unit. Semua orang boleh nampak dan dengar bila saya rasa gembira, marah, sedih, nak terkucil, terseksa, dan selalu perasan comel. Berkongsi perasaan dengan anda semua memudahkan hidup saya. Memudahkan saya untuk terus rasa muda, anggun dan penuh keyakinan (haha... untuk sesiapa yang masih ingat iklan Habib Jewel masa muda2 dulu).


Sekarang saya sudah melepasi satu semester Sarjana Pendidikan Perakaunan di UPSI. Alhamdulillah dan terima kasih diatas dorongan dan doa jika ada warga JSI yang masih sudi mengingati saya, saya telah memperolehi keputusan peperiksaan yang tidak pernah saya capai semasa belajar di peringkat 'degree'. Saya yakin, jika rakan2 di JSI berada di tempat saya, keputusan yang bagus melangit mampu dicapai. Menimba ilmu di ketika usia yang sudah matang, memungkinkan kita lebih bijak merancang, lebih rasional berfikir dan lebih fokus tentang matlamat diri.


Angkatlah ilmu, walaupun kadang-kadang berat


Seorang pensyarah saya di sini yang mengajar subjek penyelidikan yang sangat tenang dan merendah diri sifatnya  meninggalkan kata-kata yang sangat sarjana bagi saya. katanya ada bermacam niat kenapa ada orang sanggup melanjutkan pelajaran ke peringkat setinggi yang mungkin. Walau apapun alasannya, proses menggali ilmu menjadikan cara berfikir kita akan berubah kepada satu tahap yang lebih tinggi dan besar sifatnya. Manusia yang bersarjana atau memiliki PHD itu sepatutnya semakin matang, rasional dan lebih kritis dalam segala hal. Bukan hanya penumpuan kritis kepada bidang yang diambil semasa mengikuti program sarjana atau PHD sahaja tetapi juga dalam segala hal di sekeliling alam pandangan dan capaian kita. Penyediaan disertasi atau tesis hanyalah sebagai batu alas kepada hasil yang murni ini.


Pujangga sudah lama melaungkan, ilmu itu umpama lautan. Saya pun tahu tentang itu tetapi jarang menyedarinya. Ianya bermula apabila saya diperingkat pembacaan untuk penyediaan tesis. Saya selalu rasa mahu tercekik dan lemas. Hanya boleh bernafas segar semula apabila menyedari saya berada dilautan ilmu bukan di gua yang hitam pekat penuh ketakutan.


Sudah pasti kita bukanlah jenis yang cerdik pandai dalam semua hal hanya kerana kita berpelajaran tinggi. Seorang pemegang PHD bidang yang membuat kajian tentang bidang psikomotor tidak tentu pandai masak lemak cili padi ikan sembilang. Hm..Yum! yum! Begitu juga sebaliknya. Terima kasih kepada mak saya kerana memahami saya bila saya tidak tahu bagaimana mahu menyiang ikan keli yang sedang terlompat-lompat kegirangan di dalam baldi.


Sedang berpura-pura kusyuk dan tawaduk menimba ilmu


Seorang rakan saya  yang sedang bersusah payah menyeksa diri mempersiapkan disertasi PHDnya mengingatkan saya ada masanya, kita tidak akan terbayang dan terkenang betapa payahnya menjadikan sarjana atau PHD itu sebagai satu perjuangan diri yang bermakna. Lagi pula dalam sistem pendidikan kerajaan di negara kita yang tercinta ini, pemegang sarjana atau PHD tidak mempunyai apa-apa kelebihan dari segi nilai matawangpun. Untuk apa kepayahan yang ditanggung ataupun dimanakah berbaloinya mengorbankan perhatian yang sepatutnya diberikan kepada keluarga dan kerjaya? Ramai yang kata untuk kepuasan diri. Dulu saya tidak percaya semua ini untuk kepuasan diri. Mencari kepuasan diri dengan mengorbankan masa, wang ringgit dan kasih sayang bagi saya sangat melampau.


Kemudiannya saya percaya menyambung pelajaran dan terus menggali ilmu ini memang satu kepuasan. Tetapi untuk mencapai kepuasan tertinggi, perlu juga kita bersedia menerima keazaban yang sangat gila. Mencapai kepuasan diri setelah bergelut dengan keazaban yang derita, memberikan kita satu kenikmatan hidup yang tidak terhingga.


Kepada rakan yang sudah menggenggam Sarjana, saya cukup mengagumi anda, kepada yang sedang menyeksa diri seperti saya, marilah kita berdoa dan berusaha bersama, dan kepada yang belum sampai seru, rebutlah apa sahaja peluang yang ada supaya kita terus berilmu, berkeyakinan dan sentiasa rasa 'cool'.



Sampai jumpa lagi.

Salam sayang,

Lina

(Yang suka merungut dan perasan comel)


Nota kaki 1 : Saya sangat rindu dengan potluck JSI yang bewarna-warni

Nota kaki 2 : Saya sangat rindu dengan acara BBQ di pantai2 Labuan

Nota kaki 3 : Adakah anda semua merindui saya ? (Tolong jangan kata tidak. Saya tidak boleh menerimanya :-) )

29 Mei 2009

JSI Makeover

Pagi Sabtu, 23 Mei lalu, di kala kebanyakan kita menonton ulangan basi Akademi Fantasia atau masih terbuai mimpi, telah berlangsung sesi makeover JSI. JK Keceriaan JSI berbekalkan sikap positif, rimbun sintetik & juadah pagi telah berinisiatif melakukan beberapa perubahan fizikal pada Tingkat 4. Berikut adalah diari bergambar acara mereka.

Eric Leong, Ikea, ketepi!  - Kak Norti menunjuk kaedah bercucuk tanam kepada anak-anak buahnya



Mandor termuda turut bersama

Siap sedia brunch pasca-JSI Makeover


Antara kerja-kerja berat oleh lelaki & wanita besi JK Keceriaan


Lagi kerja-kerja berat...

Saat-saat Kodak keluarga JK Keceriaan

Budi anda dihargai. Terima kasih kepada semua JK Keceriaan!
Gambar oleh Azzaliza Arob

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

Untuk semua 92 kumpulan sub-etnik Kadazandusun
Untuk semua 10 kumpulan sub-etnik Bajau
Untuk semua 29 kumpulan sub-etnik Murut
Untuk semua 4 kumpulan sub-etnik Rungus
Untuk semua 27 kumpulan sub-etnik Idahan/Ida'an
Untuk semua 28 kumpulan sub-etnik Sungoi/Orang Sungai
Untuk semua kumpulan etnik Brunei, Bisaya, Iranun, Kadayan, Lundayah, Suluk, Tidong, Bulongan, Balabak, Orang Tingkat 4, Orang-orang Malaysia. . .

Selamat Menyambut Pesta Menuai 30-31 Mei 2009 dari kami
di Catatan Tingkat Empat!


KML juga bercuti pada Isnin, 1 Jun 2009

Sumber data & gambar:
Yaang, Barnard (Dis, 2008). Daily Express. Diangkat dari AboutSabah.com

27 Mei 2009

10 Soalan Harijadi untuk Fauziah Abdullah

Tanggal 27 Mei merupakan hari kelahiran Fauziah Abdullah. Lebih mesra dikalangan teman dengan panggilan Kak G atau Len untuk sebahagian ruang lingkupnya, beliau juga merupakan ibu kepada 2 anak. Kak G telah bekerja di KML seawal penubuhan kolej itu hampir sedekad lalu. Ikuti 10 jawapan-jawapan harijadi Kak G di sini...

1. Apa nama timangan anda?
Len

Len bersama teman JSI lain pada jamuan perpisahan mantan KJSI (Feb, 2008)

2. Gambarkan diri anda dalam 5 perkataan
Tidak cukup lima perkataan! Hehe...

3. Mengapa masih di KML?
Saya pun tengah berfikir kenapa masih di KML!

4. Pengalaman paling berharga setakat ini
Terlalu berharga untuk diungkapkan

5. Namakan satu hari yang paling anda gemar setiap minggu. Mengapa?
Jumaat... esok cuti!

Kak G bersama teman-teman di Jamuan Potluck JSI awal 2009

6. Pengalaman paling pahit setakat ini
Terlalu peribadi untuk dikongsi...

7. Jika anda Menteri Pelajaran Malaysia, perkara pertama yang anda akan ubah / tingkatkan saat ini
Membasmi buta huruf sehebat-hebatnya.


8. Sepuluh tahun dari sekarang ke manakah anda?

Mempunyai keluarga yang tetap bahagia dan mengajar di tempat lain selain KML.

9. Andaikan anda di beri pilihan hanya satu negara untuk tinggal selamanya. Negara apakah itu & mengapa?
Malaysia - negaraku.

10. Apakah ungkapan pegangan hidup anda (favourite quote)?
Hidup biarlah berkualiti barulah tidak sia-sia.

Fauziah Abdullah di Kursus Pemantapan Sahsiah dan Integriti JPP (Mac, 2009)

Yuran Kelab Staf & Yuran Pantri

Peringat untuk semua teman JSI

  1. Yuran Kelab Staf akan dikutip mulai 26 Mei sebanyak Rm5.00 sebulan. Sila jelaskan kepada Rabiyatul Basariya.
  2. Yuran Pantri JSI juga sedang dikutip sebanyak RM9.00 untuk bulan April, Mei & Jun. Sila jelaskannya kepada Masitah Mohamad.
Gambar dari Dreamstime.com