Saya pernah terbaca satu artikel oleh Dr Danial yang mengesahkan kaum red Indian di Amerika,apa yang menarik perhatian saya ialah mengikut kajian ramai antara mereka yang mati kerana gelisah dan bimbang akan sesuatu yang belum terjadi atau yang tak pasti terjadinya,ini sangat mengejutkan penyelidik tersebut.Bimbang terhadap apa yang mereka gambarkan dalam fikiran mereka sendiri.Ya memang lucu tapi tahukah kita penyakit ini memang menyerang ramai orang dalam kalangan masyarakat kita.Paling tidak ia dikaitkan sebagai punca penyakit besar seperti sakit jantung,darah tinggi dan kemurungan.Suatu hari mungkin juga ramai antara kita yang mati kerana kegelisahan dan kebimbangan.
Sebenarnya penyakit ini telah pun disebut tuhan dalam firmannya…….”Sesungguhnya manusia itu diciptakan besifat khalu a’(gelisah)sehingga menjadi gopoh gapah dalam tindakan mereka.
Bagaimana pun ,Allah juga menyediakan remedi sebagai penawarnya.Namun sebelum kita mengetahui penawarnya ada baiknya kita mengetahui punca berlakunya kegelisahan itu.Dr Aid Abdullah Qarni berkata antara puncanya ialah kecintaan kepada dunia sehingga takut fakir darinya.Berlarut-larut dalam angan-angan dan fantasi sehingga melihat realiti sebagai tekanan.Dan ketiga, punca-punca lain seperti pengaruh agama yang dianut,tahyul dan tanggapan negatif terhadap dunia dan prejudis terhadap orang lain.
Penyakit itu sebenarnya tidak sedikit pun boleh menyerang orang yang benar-benar beriman,Pertama kerana janji tuhan untuk memenangkan orang beriman,…firmannya "Sesungguhnya beroleh kemenanganlah org beriman…"apatahlagi mereka yang bertaqwa.Selepas iman dan taqwa ditambah dengan ramuan zikrullah….yang Allah sebut denganya(zikr)menenangkan jiwa.Tetapi kegelisahan itu sukar padam kalau kita semua tidak mengerti dan meyakini takdir Allah.Dengan memahami takdir , rukun iman keenam inilah yang menjadi benteng kegelisahan.Bayangkan orang yang mengimani firman Allah"…Tidak akan tertimpa musibah keatas kami melainkan apa yang Allah tetapkan bagi kami."Bayangkan orang yang mengimani hadith nabi"kalaulah berkumpul seluruh manusia untuk mendatangkan mudarat kepadamu,tidak sebarang mudarat pun mendatangimu melainkan apa yang telah Allah tetapkan bagimu…."
5 ulasan:
Salam, benar ya ustaz. Bila kita faham fitrah hidup kita, tak mungkin kita terlalu gundah gulana sehinggakan kadangkala kita tidak pasti apa sebabnya. Saya sering juga risau ke gelisah ke tak tahulah. Selalu memikirkan, kalau tak lulus bagaimana? Kalau kena marah macamana? Kalau jadi apa2, nak buat apa? Kalau..kalau..kalau, perkara tu tak jadi pun..risau je lebih. Tapi kadangkala risau tu buat saya kerja lebih, tension sikitle, tapi hasilnya puas hati. Cuma kadang2 jeles juga tgk ada org relax je buat kerja, tak tension pun, tak riuh rendah pun, menjadi jgk kerjanya. Jadi,bagaimana nak hasilkan satu pekerjaan dgn penuh ketenangan?
Bila kita terlalu sayang kepada sesuatu, kita cenderung untuk terikat dengannya.Seperti kita selalu mengambil kisah, selalu risau pada sesuatu..itu kerana kita peduli, kita sayang. Kadang2 tidak boleh dikawal.Sayang pada diri sendiri dan orang lain, menyebabkan kita akan risau banyak..
Bukankah risau itu tandanya sayang?Betul tak ustaz? :-)
Risau ni hampir sama macam cemburu. dua perasaan yang sangat "intense" tapi selalunya tidak berasas. Tak ada angin dan pokok pun tak bergoyang, tapi hati kita sentiasa risau dan cemburu. melulu kekadang tu.
tapi yang sedihnnya, kita selalu mempertahankan risau dan cemburu kita tu dengan mengaitkannya dengan rasa sayang dan cinta...
Saya setuju 100% dgn ustaz...kadang-kala perasaan risau itu membuat kita hilang pertimbangan dan asyik-asyik pikir perkara yang buruk sajer..saya kadang-kala bersikap begini jugak...dan saya sedang belajar untuk mem'balance'kan IQ dan EQ saya..moga2 ia dapat direalisasikan.
Ustaz, very interesting article. Bila fikir-fikir memang banyak kebenarannya. Macam saya, selalu risau tentang masa depan anak-anak saya terutama bila saya sudah tiada lagi di dunia ini. Hubungan persaudaraan antara mereka. Takut kalau terlalu mementingkan kerjaya dan bersikap individualistic (material dan keduniaan), silatulrahim antara mereka menjadi renggang. Institusi kekeluargaan sudah tidak penting lagi.
Namun, walau macamanapun, perkara lain saya tidaklah risau sangat. Saya berpandangan kenapa kita perlu risau? sedangkan kita sendiri tak tahu apa yang akan berlaku?. Jadi jalan terbaik, pasrah dan bertawakkal sahaja pada ketentuan Allah di samping berdoa untuk yang terbaik. Bila kita benar-benar berhadapan dengan sesuatu itu, barulah kita tahu apa yang perlu dilakukan.. Tak kiralah apa tindakan kita asalkan waras dan rasional.
Jadi, buat apalah kita nak risau-risau dan gelisah, gelabah dan entah apa lagi. Buat sahajalah yang terbaik, yakin pada diri sendiri, motivated dan jangan putus asa.
Dunia ini hanyalah pinjaman. Kita hidup hanya sementara. Apa yang kita ada, apa yang kita sayang, akan kita tinggalkan. Janji, buat baik dengan semua orang dan mesti ikhlas dalam apa yang kita lakukan.
So, cheer up warga JSI. Gembira dan ceria selalu!. dan jangan risau-risau.
Catat Ulasan