Sekarang ini kita dah berada di bulan-bulan haji. Cuma tahun ini KML tiada wakil nak ke Mekah. Tiga tahun dulu Haji Azman dan Isteri, lepas tu Hajjah Jamaliah dan tahun lepas Haji Azli.
Menunaukan haji ke Mekah adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib bagi setiap Muslim. Sama-samalah kita doakan agar kita diberikan kesempatan untuk menunaikan fardu haji ini.
Sementelah bulan haji ni. Surau Al Irfan menganjurkan majlis korban. Kepada sesiapa yang berkesempatan datang lah ke surau pada hari sabtu 28 hb November ini untuk melaksanakan program tersebut. Ahli JSI yang akan menyertai bahagian tersebut adalah Puan Pulsinah Ogo. semoga Allah akan menerima amalan yang dilakukan insyaallah.
06 November 2009
Musim Haji
19 Oktober 2009
Memo dari KJSI: Menjalankan tugas KJSI
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa saya akan bercuti untuk mengiringi anak saya ke Rawatan Pakar Gigi di Hospital Likas, Kota Kinabalu mulai 29-30 Oktober 2009.
3. Sehubungan itu, Pn. Sulaimiyah Mohd. Ghazali, Ketua Unit Ekonomi akan menjalankan tugas saya sepanjang tempoh tersebut. Oleh yang demikian, semua pensyarah Jabatan Sastera Ikhtisas diminta memberikan kerjasama kepada beliau disamping menjalankan tugas seperti biasa. Mohon semua pensyarah mematuhi prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.
Sekian. Terima kasih.
MT Azar Azahir Shamsuddin
17 Oktober 2009
Happy Deepavali 2009!
Kepada semua umat Hindu di JSI (cuma Pathu & Janaki),
Iniya Deepavali Valthukkal!
தீபாவளி வாழ்த்துக்கள்
15 Oktober 2009
Selamat datang
Lama tak tulis dalam blog ni. Selamat datang kepada pensyarah baru. Selamat pengantin baru kepada pensyarah baru kawin, yang tak kawin lagi tu ambil le iktibar daripada yang dah kawin. Hidup ini lebih indah kalau berdua dan berkembang keluarga. En Mansor dah ada cucu Tn Hj pun dah ada cucu. Tahniah Tn Hj atas lantikan sebagai Pengerusi Kelab Staf. kita akan sama-sama membantu untuk kesejahteraan Staf KML insyaallah.
14 Oktober 2009
Pensyarah baru JSI
Selamat datang, aramaitih teman-teman!
Bahasa Inggeris
En. Mansor Suleman – Terengganu
En. Iskandar Zulfadzli Abdullah – Melaka
Pn. Nadriah Idris – Perak
Perakaunan
Hj. Abdul Hamid Hussain – Kelantan
Pn. Zarina Naharawi – Perak
Pengurusan Perniagaan
En. Abdul Halim Mat Desa – N. Sembilan
Pendidikan Islam & Moral
En. Khairil Azuar Mohd Noor – Pahang
Pn. Zaenah Suhaili – Pahang
Pn. Sri Rafidayu Mohd Ani – Pahang
Langgan:
Catatan (Atom)
