19 Februari 2008

Pantun seloka

ajk baru siap dinamakan,
membuka retak buat awalan;
selamat bertugas saya ucapkan,
semoga aktif dan berwawasan.

pn maharom bakal berlalu,
tinggal kami hati yang pilu;
jiwa sedih kehilangan ibu,
doa semoga berbahagia selalu.

kehadiran blog jadi kebanggaan,
otak juga perlu senaman;
aktifkan dirimu wahai teman,
agar kita tidak ketinggalan.

pantun biasa buat tulisan,
ntah apa2 sebagai bacaan;
saja-saja buat hilang bosan,
apalagi, tulislah balasan...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rahsia Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar

Seluar Jeans
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.

Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut.

Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.

Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik.

ling ling berkata...

Selamat tinggal dan semoga berjaya di tempat yang baru untuk Pn Maharom.

Selamat bertugas untuk AJK2 baru JSI, bersama2 la kita memantapkan lagi jabatan kita ini..

P/s:kepada semua ahli2 jsi yg dikasihi, sila bayar rm33 untuk yuran tahuan jsi kepada lingling or Mr. E. :)
(sila abaikan notis ini jika anda telah membuat pembayaran ini, hehe...)

Aina Ishak berkata...

seluar jeans seluar baggy,
seluar ketat memang sakit;
apa kena mengena seluar dengan pantun aku ni,
mintak maapla confuse sikit.

lingling dah jadi alongling,
tapi along yang mau tolong;
mintak hutang elok kerling2,
kut ada yang janji kosong.

sapa suka pakai baju merah,
orangnya berani berhati wajer;
kengkawan janganla marah,
saja seronok melawak ajer.

Proofreader2u berkata...

Pergi ke kedai jumpa Malik,
bawak bakul berisi biskut.
Wahai K'Aina tak yah la pelik,
salah masuk 'lane' la tu kot!

Bawak Muthu ke rumah pasung,
mencuri kerna banyak hutang.
Kalau ada pun yang janji kosong,
pasal dompet kering kontang!

Aku minat abang Mamat,
dia ni pulak nak akan Nabila.
buletinjsi banyak manfaat,
tak tolong isi, tolong baca pun jadi la!

Tata Titi Tutu,
Terima kasih daun keladi,
Hey kawan2 aku la Pathu,
Kalau ada masa, aku menyibuk lagi!