04 Mac 2008

Lain Benar Rasanya..

Selalunya bila dia tiada
ada yang suka
sebab boleh dapat parking best
ada yang mengeluh
sebab tak dapat tandatangan
ada yang ribut
sebab kerja menimbun
ada yang tak berteman
ada yang sunyi
tapi kali ni..
bila dia tiada
rasanya semacam terlepas tangan
ibu semasa melintas jalan..
lain benar rasanya..

3 ulasan:

mr.mahid berkata...

Farewell to Our Fair Lady, Puan Maharom...


Farewell to our fair lady
Whose smiles soothed a tiring day
Will there be another day?

Farewell to our leader
Whose advice made things easier
Will there be another day?

Farewell to our friend
Whose comfort eased a burden
Will there be another day?

Farewell to our companion
Whose stories kept us entertained
Will there be another day?

Farewell to our mother
Whose care kept us stronger
Will there be another day?

...when we cross paths and be joyful again.

azzad berkata...

Di harap Pn. Maharom dapat terus menyumbang di buletin JSI dengan wisdom fusion, cross-culture dan hybrid Labuan-Johor nya nanti.

Serta tak rambang mata shopping sakan di Singapore Great Sale.

Jumpa di KL!

Pn Maharom berkata...

Salam semua warga JSI,
Jangan bimbing...kan yang patah kan tumbuh lagi dan yang hilang akan berganti. Tunggu ajelah OK. Sementara tu tugas seharian perlu diteruskan.

Terima kasih yang tak terhingga atas majlis di Tiara yang penuh bermakna buat saya dan juga hadiah-hadiah yang tak ternilai harganya. Semua pengalaman dan kenangan manis di JSI akan saya kenang hingga akhir hayat. Terima kasih kerana memberi ruang untuk saya di sudut hati anda semua!

Mari menyulam sibenang sutera
disulam bersama sianak dara
datangku ke Labuan tahun dua ribu lima
disambut KU yang hebat belaka

Disulam bersama sianak dara
sambil bersimpuh penuh bersopan
lebih dua tahun ilmu ditimba
menjadi pengurus mengetuai jabatan

Sambil bersimpuh penuh bersopan
mengait menyulam tekat menekat
tak selalu bersama menjadi kesalan
kerap ke Semenanjung menghadiri mesyuarat

Mengait menyulam tekat menekat
disanggul terselit bunga melati
di hati sanubari kenangan tersemat
budi baik dibawa ke mati

Disanggul terselit bunga melati
hiasan gadis cantik rupawan
tangan disusun sepuluh jari
memohon maaf segala kesalahan

Hiasan gadis cantik rupawan
kebaya panjang berkain baldu
silatulrahim kekal sepanjang zaman
walau jauh beribu batu

Kebaya panjang berkain baldu
dipakai mari baba dan nyonya
tersangatlah berat rasa di hati
demi tugas ku gagahi jua

Dipakai mari baba dan nyonya
berdondang sayang di tepi perigi
doa dipohon ampun dipinta
semoga kita bertemu lagi

Berdondang sayang di tepi perigi
sambil mengail si ikan puyu
bersara wajib tak lama lagi
ALL THE VERY BEST TO ALL OF YOU