06 Mei 2009

Khabar dari Maharom Mahmood


Salam semua di JSI,
Sebenarnya dah beberapa kali saya menulis di ruangan ini tetapi entah macamana tak pulak nampak keluarnya di ruangan ini. Walau macamanapun tetap tak give up. Masih ingin mengikuti perkembangan warga JSI dan berkomunikasi dengan anda semua.

Harap semuanya sihat dan tahniah pada Saliza yang dah menimang cahaya mata kedua. Malam ini saya akan bertolak ke Chicago untuk menghadiri majlis convo anak bongsu saya pada hari Ahad 10/5. Niat nak bercuti lama di sana tapi kerana tugas saya cuma akan bercuti selama 2 minggu. Cuti hari Keputeraan Nabi Muhamad s.a.w saya ke Labuan tapi cuma berkesempatan bertemu dengan Mahid, Zaherah (menumpang di rumahnya), Aina dan keluarga, MT & isteri, En Saad, En Osman & keluarga dan beberapa yang lain. Maaf sebab tak merancang jadi taklah dapat bertemu. Insya Allah kalau panjang umur tentu ada kesempatan.

Tanpa sedar masa berlalu dan kalau tak sambung perkhidmatan bersaralah saya pada 17 Mei tetapi rezeki masih ada - saya akan terus berkhidmat hingga Mei 2011. Dengar-dengarnya banyak perubahan berlaku. Ramai dah balik ke Semenanjung di Matrikulasi yang lain dan juga di sekolah. Walau di mana anda berada... Selamat maju jaya dalam karier dan dalam hidup seterusnya. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Saya yang di penghujung karier pun masih bermotivasi untuk belajar sesuatu yang baru. Masih banyak kekurangan dari segi ilmu dan pengalaman.

Sekian dulu. Jumpa lagi di lain kesempatan. Rindu pot-luck JSI. Rindu KML dan semua. Seronok bekerja dengan anda semua... banyak kenangan manis di KML.

Salam,
Maharom Mahmood

5 ulasan:

Ziela Afandi berkata...

Salam,

Saya bekas pelajar Puan Hajjah Maharom Mahmood semasa beliau mengajar di Sek Men Keb Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur pada tahun 1981-1982.

Saya telah terputus hubungan dengan beliau sejak 1992 lagi. Saya sentiasa mencari beliau tetapi baru kini berjumpa di laman blog ini.

Saya gembira dapat juga melihat perkembangan guru yang sangat saya kasihi ini.

Saya amat berharap sekiranya beliau dapat menerima ucapan "Selamat Hari Guru" dari saya sekeluarga apabila pulang dari luar negara nanti.

Saya juga berharap beliau dapat menghubungi saya.

Fadzilah Afandi
ziela@kayown.com
019-6122788

azzad berkata...

Salaam Cik/Pn. Fadzilah Afandi,

Kami telah pun memanjangkan komen Cik/Pn. ke email Pn. Maharom Mahmood. Kami berasa sukacita dengan detik jejak kasih yang pertama kalinya di buletin ni.

Selamat maju jaya!

Ziela Afandi berkata...

Saya ucapkan terima kasih kerana menyampaikan ucapan saya kepada Pn Hajjah Maharom. Saya amat berharap akan dapat berhubung kembali dengan beliau.

Salam untuk semua warga blog ini.

Cempaka Sari berkata...

Salam semua warga JSI KML,
Saya sangat gembira bila Megat memanjangkan komen Pn Ziela Afandi kepada saya. Syukur Alhamdulillah. Masih ada bekas murid yang ingat pada saya. Dah lebih dari 20 tahun saya mengajar beliau. Bukan setakat mengajar Sejarah dan juga Bahasa Melayu tetapi mengajar erti kasih sayang dan hubungan sesama manusia yang begitu berkesan dan mendalam.

Kita bukan hanya menjadi guru tetapi menjadi pendidik. Di samping menyalur dan menyampaikan kandungan kurikulum mata pelajaran, kita juga mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna dengan menyemai nilai-nilai murni yang akan kekal sebati dalam sanubari .

Tahniah pada JSI yang mewujudkan blog ini yang secara tak langsung dapat menjadi ruangan jejak kasih yang begitu peribadi buat saya. Puas saya cuba mengenang kembali siapa dia Ziela Afandi dan akhirnya wajah beliau menjelma di ingatan. Saya terkenang kembali hari perkahwinannya yang saya hadiri. Terasa yang saya kini semakin di mamah usia.

Tahniah juga buat semua warga JSI yang begitu aktif menulis dengan kreativiti yang cukup membanggakan. Blog ini dapat mengubat rindu saya pada gelagat kalian semua serta pada Labuan - pulau indah yang mempunyai 1001 memori buat saya.

Seperti biasa, rindu pada "potluck" JSI. Memang anda semua hebat-hebat belaka. Take care and do keep in touch!

Warmest regards...........Maharom Mahmood

Ziela Afandi berkata...

Salam kepada semua,

Setelah 17 tahun terputus hubungan dengan Pn Maharom akhirnya pada 21 Jun lepas saya berjaya menghubungi beliau dan berbual panjang.

Saya sekeluarga amat terhutang budi dengan pihak yang menguruskan blog ini sehingga tercapai niat saya untuk menghubungi cikgu yang amat saya kasihi ini.

Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Budi kalian akan saya kenang sepanjang hayat.

Wassalam.