27 Julai 2009

Yasmin Ahmad (1958-2009): Belasungkawa

Kebaya putih dan senyum lebar Yasmin Ahmad di Dewan Kuliah 2 (2 Dis 2006)

Terkesan dengan pemergiannya, terngiang kembali kedatangan beliau pada 2 Dis 2006 lalu. Allahyarhamah Yasmin sempat menjayakan Labuan Mini Arts Fest (LMAF) sebuah program anjuran Unit Bahasa Inggeris untuk segmen Tayangan Perdana Borneo Mukhsin, sebahagian siri Foursome: Yasmin Ahmad Retrospective. Telah ditayangkan ketiga filem-filem terawalnya iaitu Rabun (2003), Sepet (2004), Gubra (2006) sepanjang minggu sebelum acara kemuncak dengan penampilan sutradara itu untuk Mukhsin (2006). Ia diikuti dengan sesi soal-jawab mengenai isu-isu filem beliau dan perkaitan mereka dengan budaya dan sosio-politik negara bersama hadirin yang terdiri dari warga KML.

Melalui interaksi, toleransi dan pemikiran majmuk di rantau ini, Yasmin sempat berucap sebagai membuka tirai sebelum tayangan pada Sabtu sekitar jam 9.00 pagi di DK2 KML itu. Beliau menyatakan keyakinannya, "I personally feel that young people of Sabah and Sarawak are the country's hope and future".

Mukhsin, pemenang 2 anugerah besar di Festival Filem Berlin (2006)

Pasca tayangan 1 jam 35 minit tersebut, sesi soal-jawab yang dinamakan Tikam-Talk, dilangsungkan di lantai Dewan Mutiara (ya, di atas lantai!) berlangsung selama hampir 1.30 jam sehingga lewat tengahari. Tikam yang bermaksud tikar dalam bahasa Kadazan-Dusun tidak melibatkan apa-apa pertikaman lidah tetapi perkongsian amat positif warga pelajar dengan sutradara mereka. Sesi dialog tersebut dikira sangat berjaya dalam medium Bahasa Inggeris dan sebagai pembelajaran luar kelas yang bersifat matang dan relevan untuk bakal mahasiswa.
"Screw Cannes (Film Festival)! I'm sending mine to LMAF!" seloroh Yasmin

Seusai majlis, beliau dengan ikhlas mengulas "... these students asked me about film's humanity - that's what film festival audiences anywhere else ask". Selorohnya lagi, "screw Cannes (Film Festival)! I'm sending mine to LMAF!" Walau cuma sekejap berteduh di Labuan, kebanyakan yang terlibat dengan acara ini amat menghargai nama besar seperti beliau berada di sebuah acara tanpa sebarang agenda komersil.

Al-Fatihah untuk Yasmin Ahmad (1958-2009), seorang yang tanpa banyak bicara menabur budi di sini. Semoga keikhlasannya membangunkan institusi pendidikan secara langsung atau melalui agenda 1Malaysianya yang telah sekian lama dilaung secara tidak langsung, menjadi contoh untuk semua generasi muda menjadi diri sendiri dan menyumbang dengan pelbagai cara tersendiri.

Grafiti di Stesen LRT Pasar Seni, KL

Semoga rohnya dirahmati dan ditempatkan diantara golongan orang-orang yang beriman.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

So so so deeply sad..One of the lights that was beginning to brighten Malaysian Cinema is now extinguished. Farewell, Yasmin, a higher mission awaits. I woke up this morning, to find a world without Yasmin..silence. Already miss your ads, your films..and your blog! Upon the soul of the fakir called Yasmin Ahmad, let us all bestow the al-Fatehah.

P/S: Ex-KML batch 2003/2004