17 Disember 2007

"You, English and I"

Saya telah memulakan satu blog dimana anda semua (terutamanya pensyarah B. Inggeris) dapat bertanya dan berbincang mengenai tatabahasa (grammar) B. Inggeris yang kadang kadang amat memeningkan.

Ini adalah usaha awal dan anda amat digalakkan untuk menyumbang pengetahuan dan pendapat berhubung tatabahasa B. Inggeris.

Sila lawat blog tersebut di http://youenglishandi.blogspot.com/

Sebarang pertanyaan boleh disampaikan melalui youenglishandi@gmail.com

15 Disember 2007

PINDAAN KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP)

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2007....

Lagi berita gembira untuk kakitangan awam.....

Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan ini yang bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan menaikkan kadar Imbuhan Tetap Perumahan bagi pegawai Perkhimatan Awam Persekutuan Gred 41 hingga Gred 44.

Kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan seperti berikut:
1. Bagi Gred 43 & 44: kadarnya RM400 sebulan.
2. Bagi Gred 41 & 42: kadarnya RM250 sebulan.

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008.

14 Disember 2007

ALERT !!!!!



Satu virus komputer baru sedang melanda KML . Jika anda mengalami masalah bila melayari internet samada ianya terlalu perlahan , explorer tiba2 tertutup atau tidak boleh dibuka... kemungkinan besar PC anda telah dijangkiti penyakit merbahaya tersebut. Nama canggihnya : Funny UST Scandal.avi.exe atau Funny UST Scandal.exe

Anda boleh cuba remover ini untuk menyelamatkan PC anda . Jika tidak berjaya , sila rujuk kepada yang lebih pakar. Sama-sama lah kita menjaga PC kerajaan / kita daripada dibelenggu dengan penyakit baru ini....

p/s terima kasih kepada Mr. Magnoleo atas sumbangan file 'REMOVER'

13 Disember 2007

Buku-buku Jalan Telawi, IKD, MPR

Kepada semua pembaca, penulis, pemikir dan siapa saja yang mahu ambil tahu --
kita maklum benar akan kedudukan Labuan sebagai lokasi yang sukar untuk dicari bahan bacaan berkualiti dalam apa macam bahasa pun.

Saya mahu berkempen supaya kita membaca bahan berkualiti. Secara kebetulan, semuanya dalam Bahasa Malaysia. Ironinya, saya pengajar Bahasa Inggeris. Mungkin kita perlu ironi dalam hidup untuk terus ke depan?

Atas dasar itu dan untuk mengembangkan lagi sumber bacaan (bukan fiksyen) sila semak judul-judul di Jalan Telawi, Institut Kajian Dasar (IKD), serta 3 kerat judul fiksyen terbitan underground ahli-ahli angkatan Minggu Penulis Remaja (MPR): "9!", "12" dan "Lagi Cerpen-Cerpen Underground".

Saya juga sedang edarkan senarai judul buku-buku ini (dan harganya) di tingkat 4. Anda pilih. Anda tulis. Anda bayar. Saya balik ke hometown. Sekembali ke Labuan, saya tolong bawakan buku-buku yang anda pesan.

Jom, baca buku.

09 Disember 2007

We have a new member !


JSI dapat anak buah baru !!!

Saliza baru saja selamat melahirkan seorang baby girl pada 10.30 pagi hari ini di Hospital Besar Ipoh, Perak. Baby seberat 3.4 kg dan sihat walaupun dilahirkan 2 minggu lebih awal dari jangkaan.Saliza juga sihat.

Tahniah utk Saliza dan keluarga. Gambar baby akan menyusul ...