13 Disember 2007

Buku-buku Jalan Telawi, IKD, MPR

Kepada semua pembaca, penulis, pemikir dan siapa saja yang mahu ambil tahu --
kita maklum benar akan kedudukan Labuan sebagai lokasi yang sukar untuk dicari bahan bacaan berkualiti dalam apa macam bahasa pun.

Saya mahu berkempen supaya kita membaca bahan berkualiti. Secara kebetulan, semuanya dalam Bahasa Malaysia. Ironinya, saya pengajar Bahasa Inggeris. Mungkin kita perlu ironi dalam hidup untuk terus ke depan?

Atas dasar itu dan untuk mengembangkan lagi sumber bacaan (bukan fiksyen) sila semak judul-judul di Jalan Telawi, Institut Kajian Dasar (IKD), serta 3 kerat judul fiksyen terbitan underground ahli-ahli angkatan Minggu Penulis Remaja (MPR): "9!", "12" dan "Lagi Cerpen-Cerpen Underground".

Saya juga sedang edarkan senarai judul buku-buku ini (dan harganya) di tingkat 4. Anda pilih. Anda tulis. Anda bayar. Saya balik ke hometown. Sekembali ke Labuan, saya tolong bawakan buku-buku yang anda pesan.

Jom, baca buku.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I really miss the time when i actually read books when i was about to sleep, in the plane (or ERL, LRT) and during weekends.
Lately, it's all about surfing (mobile internet and Wi-Fi) and MP3..
We all should reactivate and relive the reading habit (ie, reading good books) that has been lying dormant in us.
Hence, Megat's effort is a laudable one.
Grab a book and read!