Announcement to all English lecturers.
The English lecturers from Politeknik Kota Kinabalu, together with their Head of Department, will be visiting our Unit. The details of the visit are as follows:
Time: 10:00am
Venue: English Unit (and around College)
Date: 11 December 2007 (Tuesday)
A reception will be held at 10am, Bilik Seri Kayangan, on Tuesday.
All English lecturers are invited.
09 Disember 2007
Visit from the English Unit, Politeknik K. Kinabalu
08 Disember 2007
Cukai Pendapatan
Borang yang paling ditakuti telah tiba!
Borang cukai pendapatan (Borang BE)telah diterima dan sebagai pembayar cukai yang bertanggugjawab, sila isytihar pendapatan dan kira jumlah cukai anda untuk tahun 2007.
"berbangga ler kerana menjadi pembayar cukai kerana ia menunjukkan anda mempunyai kerja"
05 Disember 2007
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
Berita gembira untuk kakitangan awam di W. P. Labuan..................
Berdasarkan surat dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia: JPA(S)2760/10 Klt. 12 (50) yang bertarikh 30 November 2007 sukacita memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada pegawai yang mendiami Rumah Biasa Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan, tertakluk kepada syarat pelaksanaan seperti berikut:
a) Pegawai dibayar separuh daripada kelayakan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) pegawai; dan
b) pegawai tidak dikenakan sewa.
Keputusan ini berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2007.
Oleh itu sama-samalah kita memanjatkan syukur kerana bertambah lagi rezeki..........
Keputusan PSPM 010708
Keputusan PSPM bagi semester 1 sesi 0708 telah diumumkan pada 4 Disember 2007.Keputusan yang agak menggusarkan.Belum ada fakta analisis rasmi dikeluarkan oleh Penolong Pengarah Peperiksaan tetapi setakat ini telah dimaklumkan seramai 77 orang pelajar berada didalam senarai gagal dan keluar.7 orang dari senarai tersebut terdiri daripada pelajar jurusan perakaunan, selebihnya terdiri daripada pelajar jurusan sains hayat dan fizikal.
Anda boleh muaturun analisis tidak rasmi untuk jurusan perakaunan di sini.
Persoalan yang perlu diambil perhatian : adakah kita masih lagi boleh menggunakan alasan ; "KML berterusan menerima pelajar yang rendah 'cut of point' " punca kepada kecorotan keputusan berbanding kolej lain ?
04 Disember 2007
Elaun Dalam Perkhidmatan
ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN (Perintah Am Bab B)
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003
1. Elaun Makan
- Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih layak menuntut Kadar Elaun Makan seperti berikut:
| Gred | Semenanjung Malaysia (RM) | Sabah, Labuan dan Serawak (RM) |
| 45 hingga 52 | 60.00 | 80.00 |
| 41 hingga 44 | 45.00 | 65.00 |
- Elaun makan tidak boleh dibayar jika bertugas lebih dari tiga bulan.
- Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makanan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makanan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar berikut:
a) sarapan pagi : 20% daripada elaun makan.
b) makan tengah hari : 40% daripada elaun makan.
c) makan malam : 40% daripada elaun makan.
2. Elaun Harian
Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabat melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam layak menuntut Elaun Harian, iaitu separuh daripada kelayakan Elaun Makannya.
3. Bayaran Sewa Hotel
Seseorang pengawai yang menjalankan tugas di luar pejabat dan perlu menginap layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Loging mengikut kadar berikut:
Semenanjung Malaysia
| Gred | Sewa Hotel (maksimum) (RM) | Elaun Loging (RM) |
| 45 hingga 52 | 180.00 | 60.00 |
| 41 hingga 44 | 160.00 | 55.00 |
Sabah, Labuan dan Sarawak
| Gred | Sewa Hotel (maksimum) (RM) | Elaun Loging (RM) |
| 45 hingga 52 | 200.00 | 70.00 |
| 41 hingga 44 | 170.00 | 60.00 |
Oleh: SMG Buletin 2007