05 Disember 2007

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)

Berita gembira untuk kakitangan awam di W. P. Labuan..................

Berdasarkan surat dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia: JPA(S)2760/10 Klt. 12 (50) yang bertarikh 30 November 2007 sukacita memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada pegawai yang mendiami Rumah Biasa Kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan, tertakluk kepada syarat pelaksanaan seperti berikut:

a) Pegawai dibayar separuh daripada kelayakan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) pegawai; dan
b) pegawai tidak dikenakan sewa.

Keputusan ini berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2007.

Oleh itu sama-samalah kita memanjatkan syukur kerana bertambah lagi rezeki..........

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaf bukan IPT tapi ITP.....

Tanpa Nama berkata...

kak sue, Sudah dibetulkan :-)