04 Disember 2007

Elaun Dalam Perkhidmatan

ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN (Perintah Am Bab B)

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003

1. Elaun Makan

- Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih layak menuntut Kadar Elaun Makan seperti berikut:

Gred

Semenanjung Malaysia (RM)

Sabah, Labuan dan Serawak (RM)

45 hingga 52

60.00

80.00

41 hingga 44

45.00

65.00

- Elaun makan tidak boleh dibayar jika bertugas lebih dari tiga bulan.

- Sekiranya sebahagian daripada kemudahan makanan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagian makanan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar berikut:

a) sarapan pagi : 20% daripada elaun makan.

b) makan tengah hari : 40% daripada elaun makan.

c) makan malam : 40% daripada elaun makan.

2. Elaun Harian

Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabat melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam layak menuntut Elaun Harian, iaitu separuh daripada kelayakan Elaun Makannya.

3. Bayaran Sewa Hotel

Seseorang pengawai yang menjalankan tugas di luar pejabat dan perlu menginap layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Loging mengikut kadar berikut:

Semenanjung Malaysia

Gred

Sewa Hotel (maksimum) (RM)

Elaun Loging

(RM)

45 hingga 52

180.00

60.00

41 hingga 44

160.00

55.00

Sabah, Labuan dan Sarawak

Gred

Sewa Hotel (maksimum) (RM)

Elaun Loging

(RM)

45 hingga 52

200.00

70.00

41 hingga 44

170.00

60.00

Oleh: SMG Buletin 2007

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elok sangat la tu... disaat tengah kalut buat claim buat nov. He he. tq!