31 Disember 2007

Di Ambang 2008

Tahun baru menjelma kini. Perkataan 'baru' menyerlahkan rasa indah dengan semangat berkobar, penuh keazaman dan doa agar hidup kita lebih bermakna dan penuh sukses. Pastinya ada yang berharap langkah 'baru' itu akan meninggalkan tapak- tapak yang kesannya mampu membahagiakan diri kita.

Tahun 2007 pula kita tinggalkan dengan kenangan pahit manis, penuh peristiwa yang enak dan yang mencabar minda. Ada yang menangis, ada yang menderita, tak kurang juga yang bersorak dan bersukaria. Apapun, setiap tahun yang kita lalui pasti mematangkan kita dengan pengalaman selain menginjakkan usia kita. Jadi, tentu tahun baru 2008 ini mampu kita mulai dengan sikap yang lebih matang, proaktif dan positif. Akan saya doakan buat semua pembaca khususnya warga JSI.

Sekiranya pembaca berkelapangan, ingin saya mencadangkan anda untuk melawat blog ini. http://zulrushdi. net/index. php?option= com_content&task=blogcategory&id=15&Itemid=32
Kisah seorang insan yang cukup kuat semangat dan telah melalui detik- detik 2007 dengan tabah sekali. Setiap nukilan beliau telah mengubah perspektif saya terhadap kehidupan, insyaallah. Mungkin anda juga boleh memanfaatkannya. Selamat Membaca.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aina, link to tak kemana.dah hilang agaknya.to readers, just go to http://zulrushdi.net. Dah baca separuh.Memang menyedihkan.Thanks for the info aina.

Aina Ishak berkata...

Oh, really lina? Tak tahu la pulak boleh hilang2,i copy the whole thing aje, mungkin dah lama. Arwah pun dah meninggal bulan Mei lepas. Harap boleh bukalah pakai yg lina tulis tu. Sorry. Kepada yg dah baca, tq. Ingatan terhadap kematian sebenarnya boleh buat kita insaf dan tak akan buat benda2 yg tak patut dibuat. Semoga tuhan lindungi kita, amin.